FAM Yakin MProRS Bakal Lahirkan Pengadil Setaraf Eropah

Kerjasama Semuanya BOLA

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengumumkan program  Sistem Pengadil Profesional Malaysia ataupun MProRS. Ia merupakan inisiatif terbaru FAM dalam usaha untuk memartabatkan profesion pengadilan ke tahap lebih tinggi.

MProRS merupakan satu program untuk menjadikan pengadil Malaysia, yang terbaik di Asia.

Dipetik daripada Harian Metro, Datuk Hamidin berkata: “MProRS adalah satu lagi usaha kami selepas memperkenalkan projek naturalisasi bagi memperkukuhkan skuad Harimau Malaya sebelum ini. ”

“Sudah tiba masanya pengadil diberi pengiktirafan dengan jadikan ia sebagai kerjaya profesional di negara ini.”

“Bagaimanapun, bagi mencapai sasaran, MProRS perlu menerapkan budaya pengadilan yang benar-benar profesional dan konsisten pada setiap perlawanan selain penggunaan teknologi dalam meningkatkan lagi prestasi pengadil.”

“Mereka yang terpilih menyertai MProRS ini sudah tentu akan diberikan bimbingan secara lebih terperinci, dilatih dengan profesional dan dinilai prestasi mereka supaya status pengadil profesional itu sama gah dengan namanya.”

Sebagai permulaam seramai enam orang pengadil kebangsaan sudah disenarai pendek untuk menjadi perintis kepada projek berkenaan.

Mereka ialah Muhammad Nazmi Nasaruddin, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, Zulkarnain Zakaria, Muhammad Faizuddin Ismail, Razlan Joffri Ali dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman.

Kesemua enam calon tersebut akan melalui fasa penilaian prestasi di dalam saingan Liga Malaysia. Penilaian itu sudah bermula sejak Februari lalu sehingg Julai tahun ini.

Dua pengadil terbaik di kalangan mereka akan menjad pengadil profesional pertama di Malaysia.

Selain itu, program MProRS akan menjadikan Piala Dunia 2026 sebagai penanda araa dengan mensasarkan untuk menghantar trio pengadil tempatan ke kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Sebagai rekod, Malaysia pernah menghantar nama-nama pengadil berikut ke Piala Dunia: Allahyarham Kapten (B) Abdul Halim Abdul Hamid (Piala Dunia Perancis 1998), Mat Lazim Awang Hamat (Korea Selatan 2002) dan yang terakhir Subkhiddin Mohd Salleh (Afrika Selatan 2010).

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid, menganggap sasaran mereka adalah realistik untuk menghantar 3 pengadil ke Piala Dunia 2026.

Beliau menambah: “Dengan tertubuhnya pengadil profesional ini, saya mahu lihat satu hari nanti kita mampu menghantar tiga pengadil secara ‘pakej’ daripada pengadil utama hingga pembantu pengadil dalam satu temasya Piala Dunia,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply