FAM Tiada Perancangan Buru Naturalisasi Posisi Pertahanan Tengah

Kerjasama Semuanya BOLA

Stuart Ramalingam

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih yakin tonggak tempatan mampu memperkuatkan barisan pertahanan pasukan negara dan badan induk itu tidak mempunyai perancangan untuk memburu pemain naturalisasi di posisi tersebut.

Menurut Setiausaha FAM, Stuar Ramalingam ketika bercakap kepada Arena Metro, tugas utama Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM ialah untuk memburu pemain naturalisasi di posisi kritikal.

Antara posisi yang sering menjadi masalah bagi pasukan negara ketika kejohanan-kejohanan antarabangsa ialah bahagian tengah dan juga serangan.

“Tapi saya rasa gandingan pemain pertahanan tempatan juga ramai seperti Dominic Tan, Adam Norazlin, Aidil Zafuan Radzak, Shahrul Saad dan mungkin dari liga tahun ini kita akan lihat lebih ramai pemain pertahanan lagi,” kata Stuart.

“Memang kalau ikutkan posisi itu [pertahanan tengah] penting, tapi mungkin ia tidak terlalu terdesak.”

Aidil Zafuan Malaysia AFF 2018
FOTO: Getty Images

Antara faktor lain menyebabkan ketiadaan pemain naturalisasi di posisi tersebut juga ialah kerana tiadanya calon sesuai dari kalangan pemain asing yang beraksi di Liga Malaysia.

“Saya rasa itu salah satu posisi ‘natural’ untuk kita tengok, tetapi kalau tengok pertahanan tengah pun tak ada siapa nak dekat (lima tahun).

“Sebaliknya ia lebih kepada pemain tengah dan serangan saja yang nak dekat empat atau lima tahun.

“Dulu tak silap saya ada seorang pemain pertahanan dari Terengganu, Vincent Bikana, tapi dia pun nak hampir lima tahun lepas itu dah keluar,” katanya.

Sehingga kini pasukan negara telah diperkuatkan dengan dua pemain naturalisasi iaitu pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh dan pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi.

Liridon Krasniqi

Kedua-dua pemain bukan watak asing di kalangan penyokong bola sepak tempatan setelah kedua-duanya telah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Sumareh mulai mewakili pasukan negara sejak 2018, manakala Liridon baru diberikan lampu hijau untuk berbuat demikian.

Pemain dari Kosovo itu dijangka akan mendapat panggilang untuk perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada 27 Mac akan datang.

Selain daripada Sumareh dan Liridon, pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe turut bakal menerima khidmat penyerang dari Brazil, Guilherme de Paula.

Proses naturalisasi bekas penyerang import Kuala Lumpur itu tergendala sebentar akibat proses dokumentasi dengan FIFA.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram