FAM Terima Penajaan Bernilai RM3.9 Juta Dari Yakult Malaysia

Yakult Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan dana apabila syarikat minuman susu kultur probiotik, Yakult Malaysia telah memeterai perjanjian bagi penajaan bernilai RM3.9 juta.

Perjanjian tersebut menjadikan Yakult sebagai minuman probiotik rasmi FAM yang bermula pada Januari 2018 bagi tempoh selama tiga tahun.

Berita mengenai perjanjian penajaan ini telah diumumkan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam oleh Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang turut dihadiri oleh Hiroshi Hamada yang merupakan Pengarah Urusan Yakult Malaysia.

Mengulas mengenai penajaan tersebut, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim begitu mengalu-alukan penajaan tersebut kerana disamping memberikan manfaat kepada FAM, ianya juga memberikan kelebihan kepada pemain-pemain pasukan bola sepak kebangsaan dari segi kesihatan yang diharap dapat meningkatkan prestasi mereka.

“Kami berharap tajaan ini menjadi titik permulaan kerjasama jangka panjang yang membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak, FAM dan juga Yakult Malaysia, dengan matlamat untuk memajukan sukan bola sepak dalam kalangan peminat sukan bola sepak di Malaysia di samping menggalakkan gaya hidup sihat,” kata Tunku Ismail.

Penajaan bernilai RM3.9 juta selama tiga tahun ini akan berakhir pada Disember 2020 dan ianya turut melibatkan tajaan minuman susu kultur probiotik Yakult Ace dan Yakult Ace Light bernilai RM200,000 setiap tahun.

Mengikut rekod, penajaan melibatkan syarikat minuman susu kultur probiotik ini merupakan pertama kali dalam sejarah FAM melantik minuman probiotik rasmi.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, “Kami berbangga dinamakan sebagai minuman probiotik rasmi FAM. Bermula Januari 2018, untuk setiap botol Yakult yang dijual, kami akan menyumbang 1 sen kepada FAM.”

”Kami berharap semua orang akan bersama-sama kami untuk menyumbang dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan dalam usaha mereka untuk menempa nama di peringkat antarabangsa, seterusnya menggapai impian untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia suatu hari kelak.”

“Kerjasama ini mungkin satu kejutan bagi sesetengah pihak kerana manfaat probiotik untuk kesihatan atlet jarang dipertengahkan. Yakult telah dibuktikan melalui kajian saintifik membantu mengurangkan risiko jangkitan selesema di kalangan atlet yang sedang menjalani latihan secara intensif.”

”Ia membantu memperkukuhkan daya ketahanan badan yang menjadi lemah disebabkan oleh tekanan fizikal daripada latihan yang berat. Dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit, diharapkan pemain bola sepak kebangsaan kita mampu mengekalkan kesihatan dan kecergasan pada tahap yang optimum agar dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan mereka,” jelas Hamada lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN