FAM Tangguh, Kelab Liga-M Sendiri Akan Naturalisasikan Pemain Import?

Malaysia Naturalisasi Safee Sali 2

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan projek naturalisasi yang sebelum ini dibuat untuk mengukuhkan prestasi skuad kebangsaan telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan badan pentadbir bola sepak Malaysia itu tidak bercadang untuk menambah pemain naturalisasi baharu buat masa ini.

Keputusan itu agak mengejutkan kerana sebelum ini FAM mempertahankan program ini dan menganggap ianya berada pada landasan yang tepat dan praktikal bagi merapatkan jurang dengan kuasa-kuasa bola sepak Asia yang lain.

Perkembangan ini memberi maksud tiga orang pemain naturalisasi sahaja iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilhermen de Paula yang akan bersama pasukan kebangsaan untuk menghadapi pusinga ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Maka timbul teka teki mengenai beberapa pemain seperti Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta’zim), Paulo Josue, Romel Morales (Kuala Lumpur City), Lee Tuck (Terengganu) dan Endrick dos Santos (Penang).

Pemain-pemain ini dikhabar bakal dinaturalisasikan kerana sudah melepasi syarakt beraksi selama lima tahun  berturut-turut di Malaysia dan  layak untuk dipanggil beraksi untuk skuad Harimau Malaya.

Lima Tahun Di Malaysia, Adakah KL City Akan Naturalisasikan Paulo Josue?

Namun pendekatan ini menjadi perdebatan oleh peminat dan pemerhati bola sepak tempatan di mana ada yang bersetuju dan sebaliknya.

Bagi yang bersetuju, mereka melihat program naturalisasi ini bukannya semata-mata untuk memperkasakan skuad kebangsaan, tetapi juga dapat membantu perkembangan kelab-kelab yang bersaing di liga tempatan.

Dengan pemain-pemain berkualiti dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan, ia mungkin memberi manfaat yang besar kepada kelab kerana slotnya selaku pemain import boleh diisi oleh pemain import lain.

Seseorang pemain naturalisasi tentunya mampu untuk membawa aura yang lebih menyerlah kepada pasukan agar dapat menjadi penanda aras kepada pemain tempatan lain terutamanya mereka yang masih muda.

Bagi yang tidak bersetuju pula beranggapan ia akan menghadkan peluang pemain tempatan untuk beraksi. Kini setiap pasukan Liga Super diberikan lima kuota untuk pemain import, ia belum termasuk pemain warisan yang dilihat sangat ‘laku’ dan digemari oleh pasukan-pasukan Liga-M

Keadaan ini sudah pun dianggap menyukarkan pemain tempatan menembusi kesebelasan utama pasukan, apa lagi jika pemain import dinaturalisasikan.

Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply