FAM Sedia Tingkatkan Kualiti Akademi Mokhtar Dahari Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

Kerjasama Semuanya BOLA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengadakan lawatan kerja rasmi ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang untuk meninjau kemudahan di akademi tersebut serta perkembangan program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Delegasi itu diketuai oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama barisan exco FAM. Mereka turut dibawa mendengar taklimat PPBN daripada Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAM, Dato’ Sri Subahan Mohd Kamal, selain dimaklumkan perkembangan terkini AMD oleh Pengurus Besar AMD, Yusof Ibrahim.

Selain itu, mereka juga meluangkan masa berjumpa 218 pelatih dan 22 jurulatih yang berpangkalan di AMD.

FOTO: FAM

“Lawatan kerja ini bertujuan meninjau kemudahan AMD selain mengetahui lebih dekat perkembangan pemain, jurulatih dan pengurusan di akademi ini.

“Selain menjadi tanda sokongan FAM terhadap projek nasional ini, lawatan ini juga memberi peluang kepada FAM untuk melihat apa bentuk sumbangan dan bantuan yang boleh kami hulurkan sebagai tanda kesepakatan kami dengan Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengurus projek ini,” kata Dato’ Haji Hamidin.

Menurut Stadium Astro, Hamidin menjelaskan FAM akan berusaha untuk memberikan bantuan sebagai langkah untuk mempertingkatkan lagi tahap AMD sekaligus menjadi langkah untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berkualiti.

FOTO: FAM

“Kami bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dan peralatan selain menyelesaikan segera masalah dihadapi,” kata Hamidin.

“Banyak perkara di AMD yang perlu diperbaiki dan dipertingkat. Saya percaya AMD akan berada dalam tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply