FAM Sahkan Telah Menerima Surat Tunjuk Sebab Daripada Bojan Hodak

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan jurulatih skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak telah menyerahkan surat tunjuk sebab pada hari jumaat lepas.

Bulan lalu, Bojan Hodak dikecam hebat kerana mengkritik sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia selepas skuad bimbingannya tewas dalam saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Piala Sanix di Jepun.

Situasi itu menyebabkan beliau bakal dihadapkan ke mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM untuk dibincangkan sebarang bentuk tindakan yang akan diambil sambil menilai statusnya sebagai jurulatih skuad B-19 negara.

Bercakap dalam Utusan Malaysia, Stuart bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan menafikan ianya mempunyai kaitan dengan Artikel 88 FAM yang melarangkan jurulatih memberi kritikan terbuka kepada media.

“Bojan telah memberi surat tunjuk sebab Jumaat lalu, dan perkara ini sebagaimana saya telah ulas minggu lepas isu dalaman dan tiada kaitan dengan artikel 88 seperti ditanya sebelum ini.

“Ini adalah komen seorang jurulatih sebagai staf kepada FAM. Benda ini akan diteliti secara dalaman oleh FAM dan tiada lain yang boleh saya komen,” katanya.

Bojan Hodak bersama pembantunya, Hairuddin Omar. FOTO: FAM

Ketika ditanya mengenai kontrak Bojan sama ada akan disambung atau tidak, Stuart menegaskan perkara itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Berkaitan kontraknya yang akan tamat, ia hanya akan diputuskan ahli Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan. Penilaian bukan berdasarkan komen itu tetapi lebih kepada persediaan dan prestasi pasukan untuk kejohanan berikutnya,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN