FAM Sahkan 21,000 Tiket Malaysia VS UAE Sudah Terjual

21,000 tiket perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah pun terjual. Kenyataan tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu muat naik pada malam tadi.

Menurut FAM, jumlah tersebut adalah berdasarkan jumlah jualan sehingga jam 11.59 malam tadi. Berdasarkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil di mana perlawanan akan berlangsung, jumlah jualan setakat ini hanyalah 25% daripada kapasiti sebenar stadium.

Lebih ramai penyokong dijangka akan terus mendapatkan tiket menjelang perlawanan pada malam ini, dengan tiket secara fizikal juga boleh didapati di kaunter stadium.

21,000 Tiket Telah Terjual

Beli lebih mudah & murah secara online di www.tickethotline.com.my sehingga 11.59 malam…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, September 9, 2019

Perlawanan menentang UAE adalah perlawanan kedua skuad kendalian Tan Cheng Hoe di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Dalam saingan pertama Kumpulan G, Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung karno pada Khamis lalu.

Bagi UAE, ini adalah perlawanan pertama pasukan dari negara teluk tersebut pada kempen kali ini. Skuad kendalian Bert Van Marwijk ternyata melakukan persiapan rapi untuk berhadapan pasukan negara dengan dua kem latihan di Austria dan juga Bahrain sebelum berkunjung ke Kuala Lumpur.

Perlawanan menentang UAE ini juga adalah perlawanan yang menawarkan mata tertinggi untuk rangking FIFA dari kalangan pasukan yang berada di Kumpulan G.

Selain UAE dan Indonesia, Malaysia juga ditempatkan bersama dua lagi pasukan dari Asia Tenggara, iaitu Thailand dan Vietnam.

Bagi penyokong skuad Harimau Malaya yang belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkan tiket anda secara atas talian, atau terus di kaunter stadium pada hari ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram