FAM: Layangan 3 Kad Kuning Kepada Pemain JDT Bukti Pengadil ‘Neutral’

Pengadil JDT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya bersuara berkenaan isu panas melibatkan kualiti pengadil perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam.

Memetik laporan Harian Metro,Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram menjelaskan pihaknya tidak akan sama sekali menyebelahi mana-mana pengadil yang didapati gagal mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) dengan sebaiknya.

Malah badan induk bola sepak negara itu menegaskan tindakan akan diambil kepada pemain yang didapati gagal mengikut peraturan-peraturan sedia ada agar imej serta mutu pengadilan bola sepak profesional Malaysia sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Menurut Sivasundram, pihaknya telah pun menerima laporan terperinci yang disediakan oleh pengadil penilai dan mendapati pengadil utama Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanaiah telah bertindak neutral dalam semua keadaan.

Antara bukti yang dinyatakan adalah layangan tiga kad kuning kepada pemain JDT sepanjang 90 minit perlawanan dan ia adalah bukti pengadil bertaraf FIFA itu tidak bertindak berat sebelah.

“Saya mengikut (membaca) laporan pengadil, bila saya tengok laporan itu pagi tadi, saya dapat tahu iaitu tiga kad kuning ada dilayangkan kepada kelab JDT,” ujar Sivansundram yang juga Timbalan Presiden FAM.

“Tiga (kad) dah layang, jadi untuk saya dan FAM kita ikut apa penilaian tulis itu saja. Kalau netizen kritik secara konstruktif semua saya terima, di mana kita boleh perbaiki (mutu pengadilan), tak ada masalah.

FAM Yakin MProRS Bakal Lahirkan Pengadil Setaraf Eropah

“Tiga kad kuning dan pengadil selalunya ‘neutral’. Kita ikut undang-undang pertandingan yang ditetapkan Fifa, kalau pengadil salah, memang pihak FAM kita akan hukum pengadil.”

Tambah Sivansundram lagi, peratusan aduan mengenai isu pengadil yang direkodkan dalam Liga-M setakat ini hanya sembilan peratus daripada 132 perlawanan yang sudah berlangsung setakat ini dan pihaknya akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kualiti pengadilan dari semasa ke semasa.

“Sebab kita ada bahagian pembangunan (pengadil) yang kita akan rujuk mereka kepada bahagian pembangunan. Jadi saya terima kritikan, tak ada masalah dan baru kita boleh meningkat,” katanya.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply