FAM: “Isu Akhyar Rashid Tidak Perlu Dibawa Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan”

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agung mereka, Stuart Ramalingam mengatakan tidak ada keperluan untuk membawa isu mengenai Akhyar Rashid itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut laman Berita Harian, isu mengenai pemain kebangsaan itu sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu melibatkan CAS.

Ianya menerusi pertemuan di meja perbincangan melibatkan pihak FAM dan juga wakil dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Tidak perlu bawa hal ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan. Kami sebagai badan induk bersedia untuk membantu masalah yang dihadapi oleh mereka.”

Menurut Stuart, pihaknya sentiasa terbuka untuk duduk semeja bagi menyelesaikan kemelut ini dengan beliau berkata pihak KFA hanya mengalami salah faham mengenai isu ini.

“FAM sentiasa terbuka untuk duduk berbincang. Saya rasa pihak KFA mengalami salah faham mengenai urusan perpindahan pemain ini.”

“Namun begitu, kami bersedia untuk berbincang dengan mereka.”

Isu perpindahan mengenai Akhyar ini masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya selepas pihak KFA mahu membawa isu ini ke CAS.

Buat masa sekarang, Akhyar dianggap sebagai pemain bebas dan bebas untuk bercakap dengan mana-mana pasukan ketika ini.

Ketika ini, pemain bertubuh kecil itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun begitu, Perlis turut menyertai persaingan dengan melakukan proses rundingan secara terbuka dengan pergi ke rumah pemain itu tempoh hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram