FAM Hentikan Naturalisasi Pemain Usia Atas 30 Tahun

Liridon Krasniqi

Tiada lagi pemain naturalisasi yang berusia lebih 30 tahun selepas ini, sebaliknya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan hanya memburu pemain muda untuk berbuat demikian.

Ini bagi membenarka pemain yang telah melalui proses naturalisasi tersebut boleh beraksi bersama pasukan kebangsaan sekurang-kurangnya selama 10 tahun.

Selepas pemain kelahiran Gambia, Mahamadou Sumareh menjadi pemain naturalisasi pertama berkaksi bersama pasukan negara, minggu lalu FAm turut mengumumkan Liridon Krasniqi sebagai pemain baharu naturalisasi negara.

Sumareh Malaysia Thailand
FOTO: FAM

FAM turut berada di dalam proses menyelesaikan proses naturalisasi pemain kelahiran Brazil, Guilherme de Paula sebagai pemain ketiga yang akan melalui proses sama.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata sasaran seterusnya ialah untuk pemain import muda, terutama yang beraksi di Liga M3 untuk diserap menyertai pasukan kebangsaan.

“Setakat ini ada beberapa pemain import muda memenuhi kriteria berkenaan antaranya Romel Morales Ramirez yang kini beraksi bersama pasukan Melaka cuma tempoh dia menetap di Malaysia masih belum mencukupi,” kata Yusoff.

Kredit Foto: Melaka United

“Kita tidak mahu lagi mengambil pemain import lebih berusia kerana mungkin khidmat mereka tidak boleh digunakan dalam tempoh lama.

“Bagi kes Liridon dan de Paula, kita sekarang ini ketandusan penyerang berbisa dan kehadiran dua pemain ini nanti boleh menyelesaikan masalah terbabit,” katanya ketika dihubungi wartawan Arena Metro.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply