FAM Berminat Untuk Naturalisasikan Liridon Krasniqi Dan Guilherme De Paula

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi dan juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan badan induk bola sepak negara itu menjadikan bekas pemain Kedah Liridon Krasniqi dan bekas pemain Selangor, Guilherme De Paula berada dalam radar mereka untuk dinaturalisasikan.

Mohd Yusoff berkata dalam Sinar Harian, turut mengesahkan pemain import Terengganu FC,  Lee Tuck berada dalam pemerhatian untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

“Ada beberapa pemain dalam pemerhatian kita yang pertamanya Lee Tuck (Terengganu FC) tetapi beliau adalah pemain berdarah kacukan. Selain daripada itu kita lihat pemain seperti Liridon dan De Paula. Mereka ini pemain yang belum sampai (memenuhi syarat) tetapi sudah hampir (capai syarat).

“Kami sudah berhubung dan nampaknya semua menunjukkan minat tetapi belum dapat bertemu lagi. Saya sebagai pengerusi jawatankuasa ini akan usahakan secepat mungkin untuk bertemu kesemua pemain ini untuk kita selami hati mereka dan menilai tahap keikhlasan bermain bersama Malaysia,” katanya.

Menurut undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara itu jika telah menetap di sana sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun.

Bagaimanapun, Liridon dan De Paula yang telah beraksi selama empat musim dalam Liga Malaysia perlu bermain semusim lagi sebelum layak menjadi pemain naturalisasi negara. Namun begitu, undang-undang kerakyatan Malaysia memerlukan tempoh 10 tahun untuk dinaturalisasikan.

Sandro Mendonca dan Liridon Krasniqi antara pemain import yang dilepaskan Kedah FA.

Naturalisasi adalah untuk pelan jangka pendek

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu serta kualiti skuad kebangsaan, Mohd Yusof menjelaskan pengambilan pemain naturalisasi adalah untuk jangka masa pendek sementara menunggu hasil daripada program akar umbi.

“Kita ada tiga pelan iaitu pelan jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang. Jadi buat masa ini kita nak tekankan untuk pelan jangka pendek…jadi dua pemain naturalisasi yang berada dalam radar itu diperlukan dalam pelan itu,” katanya.

Malah, beliau menekankan bahawa pendekatan itu bukan untuk menutup peluang pemain tempatan tetapi bertujuan menimbulkan persaingan supaya pemain tempatan boleh meningkatkan kualiti permainan mereka. 

“Kita nak pasukan negara nampak mantap di setiap posisi, bukannya keseluruhan nak pemain naturalisasi tetapi di sesetengah posisi kita perlukan mereka. Kadang-kadang ia juga akan bangkitkan semangat pemain tempatan untuk bersaing.

“Kita perlukan penyerang, pemain tengah dan pertahanan yang bagus. Kalau dapat pemain sayap ia juga satu bonus dan hasilnya kita dapat melihat satu pasukan lebih berbeza. Mereka (pemain naturalisasi) ini akan menjadi ramuan untuk membentuk satu pasukan yang hebat,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN