FAM Arah KAFA, PKNS FC Dan Kuantan FA Jelas Tunggakan Gaji

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keeempat bagi penggal 2017-2021 semalam telah membincangkan 17 kes membabitkan pasukan di Liga Malaysia.

Melalui muatnaik yang dilakukan sebentar tadi, FAM mengumumkan keputusan terhadap 17 kes dalam mesyuarat tersebut.

Sumber: FAM, Facebook.

Tiga perkara utama di dalam mesyuarat tersebut membabitkan dua pasukan di saingan unifi Liga Super Malaysia pada musim ini, dan satu lagi kes membabitkan pasukan yang bersaing di 100Plus Liga Premier Malaysia.

Kesemua kes berkait dengan tunggakan membabitkan gaji, dan juga ‘signing fee’ pemain dan kakitangan kejurulatihan.

PKNS FC berhadapan tuntutan tertinggi di antara ketiga-tiga pasukan apabila diarahkan membayar pampasan baki kontrak bernilai RM450,000 beserta ‘signing fee’ berjumlah RM60,000 kepada bekas jurulatih, E. Elavarasan.

Keputusan PKNS FC merehatkan E. Evalarasan pada Julai tahun lalu adalah selepas jurulatih itu hanya berjaya membawa pasukan tersebut untuk mencatat dua kemenangan dan enam perlawanan dengan keputusan seri selepas 14 perlawanan.

Satu lagi kes dari kalangan pasukan Liga Super membabitkan tuntutan daripada bekas pemain, Brendan Gan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Brendan pernah memperkuatkan barisan skuad The Red Warriors dari musim 2014 sehingga 2016.

Bagaimanapun pemain berdarah Australia dan Malaysia ini terpaksa meninggalkan Kelantan selepas mengalami kecederaan ACL.

Sumber: FAM, Facebook

Dalam kes tersebut, KAFA diarahkan untuk membayar tunggakan gaji Brendan berjumlah RM100,000, tertakluk kepada potongan wajib pendapatan.

Pasukan Liga Premier yang turut terpalit dengan isu tunggakan gaji dan turut dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah Kuantan FA.

Tuntutan tersebut adalah daripada 15 pemain membabitkan tuntutan keseluruhan berjumlah RM423,000.

Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM tersebut turut mengarahkan PKNS FC dan KAFA menjelaskan tunggakan masing-masing selewat-lewatnya pada 20 April akan datang.

Kuantan FA kini diambil alih oleh Marcerra United FC.

Manakala Kuantan FA diberi tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan ini dikeluarkan.

Jika pihak pengurusan persatuan-persatuan tersebut terus gagal membayar jumlah tunggakan seperti yang diarahkan, maka mereka akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tataterib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk tujuan pertimbangan dan keputusan berikutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN