FAM Ambil Berat Isu Prestasi Pengadil

Kerjasama Semuanya BOLA

Liga Super 2021

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Kekecohan dalam kalangan warganet akibat kualiti mutu pengadilan Liga Malaysia kebelakangan ini tidak diambil mudah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terkini, FAM telah membuat keputusan untuk meneliti setiap prestasi pengadil yang mengadili perlawanan Liga Super 2021 dan Liga Premier.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, segala kekalutan mengenai isu ini akan diuruskan secepat mungkin oleh pihak mereka.

Kata Sivasundram, beliau masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Pengadil sebelum penilaian terperinci dilakukannya.

“Saya akan berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa sebelum membuat sebarang keputusan.”

“Jika ada pemain atau jurulatih yang melakukan kesalahan, mereka akan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan,” katanya menerusi Berita Harian.

Sivasundram berkata yang pihaknya akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Sebelum ini, terdapat beberapa kontroversi yang dilihat berlaku pada aksi antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim serta Sabah melawan Terengganu.

Insiden yang menyaksikan kekecohan selepas perlawanan di Ipoh serta aksi Nafuzi Zain yang menendang bangku simpanan akibat dilayangkan kad kuning oleh pengadil menjadi perhatian penyokong bola sepak Malaysia.

Noor Azriel Baharudin dan Khailazuan Kidam adalah dua pengadil yang mengadili perlawanan-perlawanan tersebut.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Super 2021:

Senarai Kontroversi Pengadil Liga Malaysia Yang Tiada Kesudahan

Meski Kecewa, Yee Fatt Tetap Lega Dengan Aksi Positif Perak Berdepan JDT

Harga Tiket Liga Super 2021 Dijangka Naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply