Falsafah Taktikal Benjamin Mora Di JDT, Analisis Aspek Ruang Dan Intensiti

Dalam analisis falsafah taktikal kali ini, kali memilih Benjamin Mora. Jurulatih paling popular di Malaysia pada hari ini.

Antara falsafah dan pendirian

Jika anda masih ingat, TMJ mahukan sebuah pasukan yang bermain dalam formasi 4-3-2-1. Mora mencuba formasi tersebut namun ternyata kurang menjadi.

Beliau kemudian menukar beberapa formasi dan taktikal mengikut kesesuaian pengurusan beliau. Bermula dengan cubaan bermain bola sepak bertekanan tinggi pada perlawanan pertama. Namun kurang menjadi.

High pressing football yang diinginkan Mora mungkin mirip counter-pressing football yang diamalkan dalam bola sepak moden.

Apa yang berlaku JDT terlalu banyak melakukan faul di kawasan serangan ketika melakukan desakan (pressing) kepada pasukan lawan.

Lihat cara Spurs di bawah ini melakukan counterpressing yang terus dikitar menjadi serangan kilat di kawasan lawan.

Dalam counterpressing, sesebuah pasukan itu perlu untuk cuba mengelakkan faul ketika cuba merampas bola di bahagian serangan.

Hal ini kerana, bola itu adalah untuk dikitar terus menjadi titik serangan. Dalam perlawanan menentang Kedah pada Piala Sumbangsih menentang Kedah, saya gariskan kegagalan JDT mengekalkan tempo intensiti tinggi ketika high pressing.

Beliau kemudian cuba memasukkan elemen target man klasik di dalam pasukan dengan Jeronimo Baralles, tetapi ia tidak menepati falsafah bola sepak moden.

Afiq Fazail dan 4-3-3

Ini adalah fasa di mana Mora akhirnya menemui formasi signifikan kepada taktikal beliau musim ini.

Pemain muda yang pembangunan beliau di bawah kendalian Mora pada musim lalu. Afiq Fazail adalah tipikal no.6 moden yang tahu cara untuk bermain dalam sistem yang progresif di kiri kanan apabila menyerang.

Lihat bagaimana 4-3-3 mereka berkembang menjadi 3-4-2-1 ataupun 3-4-3 ketika menyerang. Afiq turun ke ruang di antara 2 bek tengah. Sila klik pada imej untuk pembaca instant article.

Sistem ini bukanlah baru di Eropah tetapi di Malaysia hanya beberapa jurulatih yang menarik no.6 mereka masuk di antara bek tengah ketika fasa serangan.

Ini akan mewujudkan sistem bek ketiga ataupun bek separa (quarter back/half back).

Namun Afiq masih perlu memperbaiki aspek hantaran pivotal beliau dari kawasan belakang (deep area). Beliau masih muda dan rasanya penyokong JDT tak perlu panik.

Sistem pertahanan

Taktika Benjamin Mora masih mengekalkan sistem pertahanan yang berbentuk bek berempat. Aidil dan Marcos Antonio masih menjadi pilihan utama.

Namun kerap menjadi isu adalah sistem bertahan secara berpasukan. Di mana sistem 4-3-3 mereka kerap ada isu dengan kadar kerja oleh tengah bertiga.

Kebiasaannya taktikal Benjamin Mora akan memilih gandingan Amirul Hadi dan Safiq Rahim untuk berada di atas Afiq Fazail. Alasan pemilihan Amirul Hadi adalah kerana dia tinggi untuk memenangi bola di udara.

Ia agak kurang relevan kerana Amirul Hadi pemain yang lemah dalam aerial duel. Pemain tinggi tak semestinya kompeten di udara.

Amirul dan Safiq kerap gagal membentuk unit dengan Afiq Fazail. Prinsip bertahan dalam bola sepak adalah, anda perlu membentuk kepadatan segera ketika bertahan.

Fasa transisi untuk membentuk kepadatan ini yang kerapkali lambat dilakukan oleh tengah bertiga.

Di bahagian sayap mereka biasanya ada 2 pemain yang rajin turun naik iaitu Guerra dan Cabrerra. Namun jika ada pasukan yang menekankan serangan di tengah, mereka akan nampak rapuh.

Kenapa ia ketara apabila unit tengah bertiga tidak mampu membentuk unit?

Ini kerana mereka menggunakan 2 pemain tengah (Amirul dan Safiq) sebagai pemain yang sangat advance ketika menyerang. Masuk sehingga ke dalam kotak penalti.

Lihat penjelasan di bawah ini bagaimana taktikal Benjamin Mora menolak 2 CAM beliau ke kawasan yang sangat tinggi (advance). Mereka membentuk 3-2-5 yang terlalu luas (pitch wide)

Klik pada imej untuk instant article

Lihat gambaran taktikal mereka di sini.

Apa yang berlaku mereka secara tak langsung mewujudkan ruang yang besar di tengah kerana 3 pertahanan (2 bek tengah dan no.6) tidak terlalu tinggi ke atas.

Anda boleh gambarkan ini kedudukan mereka dalam fasa serangan dan diserang balas. Ia kerap memakan diri ataupun menjadi backfire  kepada mereka kerana pemain gagal menutup ruang besar itu dengan segera.

Ruang yang ditinggalkan

Itu ruang pertama yang harus mereka pertahankan. Ruang kedua adalah di belakang Azriff yang juga ditolak terlalu jauh ke atas tanpa sokongan yang kuat secara struktur.

2 ruang ini memerlukan pemain serangan berlima dalam sistem 3-2-5 turun segera ketika fasa pertahanan. Itu kadangkala tidak berlaku kerana ada pemain yang malas turun.

Azriff ada mobiliti dan cara kerja yang baik. Membuatkan beliau sentiasa cuba untuk mengejar lawan. Anda sendiri selalu saksikan Azriff dalam fasa mematikan serangan balas dalam keadaan genting.

Sistem serangan

Saya sudah terangkan bagaimana mereka sebenarnya cuba bermain 3-2-5. Namun struktur ataupun team shape mereka agak lemah untuk menyokong sistem ini.

Isu komitmen para pemain dan juga mobiliti seringkali menjadi isu.

Seterusnya, taktikal memenuhkan kotak penalti masih menjadi pilihan Mora. Sistem serangan mereka adalah dengan asas sokongan di sisi (width) yang sangat baik.

Mereka ada Azriff dan Fazly Mazlan yang memiliki mobiliti dan kemampuan menyokong struktur pasukan dengan baik.

Namun dalam sistem Mora, peranan Fazly Mazlan lebih dihadkan. Pemain ini tidak berada di kawasan terlalu tinggi ketika pasukan mereka menekan pihak lawan dengan penguasaan bola di kawasan lawan.

Jadi, dalam fasa ini, tekanan di sebelah kiri pasukan JDT lebih direct. Dimana, jika pasukan lawan mahu melepasi blok tekanan ini (bypass the high pressing block), kawasan di sebelah Fazly Mazlan menawarkan ruang lebih besar.

Itu untuk pasukan yang mahu mengitar semula dengan binaan serangan menggunakan hantaran pendek. Namun kebanyakan pasukan cuba bermain selamat.

Berlegar di luar kotak penalti

Jika anda perasan akan ada pemain yang sentiasa cuba memenangi sepakan percuma di luar kotak penalti. Ini kerana JDT ada pakar dalam rutin ini.

Sistem ini agak efektif kerana ramai pertahanan di negara kita yang terlalu agresif untuk melancarkan bentesan kepada pemain lawan.

Paolo Maldini pernah menyatakan, pertahanan yang baik akan cuba mengelakkan diri mereka daripada ‘jatuh’ ke tanah (melancarkan bentesan) terlalu kerap.

Ia akan mengundang peluang sepakan percuma dan juga mencipta ruang kepada pasukan lawan.

Kelemahan

Pada fasa ini, semua orang tahu Mora jenis yang agak ‘gamble’ di dalam pemilihan pemain. Kerap menurunkan pemain di posisi ke-4 atau posisi asing.

Beliau mungkin berusaha untuk membangunkan pemain untuk posisi baru. Cuma kadangkala ia dilakukan terlalu banyak dalam satu perlawanan.

Idea transisi Amirul Hadi menjadi pivot sebelum ini menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Sukar untuk mengubah mentaliti seorang pemain bermentaliti menyerang kepada peranan no.6 dan juga penstabil pasukan.

Seterusnya, menggunakan Azrif sebagai penyerang sayap ataupun pemain sisi sebenarnya satu idea yang kadang-kadang menjadi.

Azrif pemain yang direct kerana dia adalah bek sisi ofensif. Ia akan menjadi jika bek sisi lawan jenis yang agresif dan cemerkap. Azrif akan memanipulasi ruang dengan kelajuan beliau.

Jika pasukan lawan berada dalam organisasi stabil dan berdisiplin di belakang, ia memerlukan Azrif bermain lebih variasi dari segi permainan kombinasi dan variasi hantaran. Ini yang akan membuatkan beliau nampak bergelut.

Seterusnya adalah fokus di dalam permainan. Ini adalah berkaitan disiplin dan kekuatan mental. Berapa kali mereka melepaskan gol minit akhir.

Ia ada isu dengan kecergasan. Mereka bermain dalam sistem yang memerlukan stamina tinggi , 3-2-5 ketika diserang balas.  Mungkin juga Mora harus bekerja lebih untuk latihan kecergasan pemain beliau.

Itulah sebab kenapa JDT ada masalah intensiti selepas minit ke-60 ataupun 70.

Ia aspek yang sangat mustahak dalam kem JDT. Kerana ia akan mempengaruhi disiplin dan mentaliti dengan fokus tinggi dalam padang.

Kerapkali mereka gagal untuk melindungi gol pendahuluan kerana isu fokus ketika bertahan. Ada yang merasakan Mora terlalu awal untuk mengarahkan pemain beliau bertahan.

Musim lalu saya menggariskan pasukan Terengganu bukan pasukan yang berpotensi menang dengan pendahuluan 1 gol walaupun sudah minit ke-85.

Kali ini, JDT ada sedikit simptom lemah melindungi pendahuluan gol tunggal. Jadi, caranya, JDT harus berusaha mencari kelebihan 2 atau 3 gol.

Tetapi dalam prinsip pasukan yang tipikal juara, mereka perlu ada kemampuan untuk menang dengan margin kecil.

Rumusan

Benjamin Mora sebelum ini melanjutkan pengajian kejurulatihan beliau di Atletico. Satu pasukan yang memegang identiti klasik 4-4-2/4-4-1-1 dengan pendekatan kompak di pertahanan dan tajam ketika serangan balas.

Ia berbeza dengan kehendak TMJ yang mahukan bola sepak moden. Namun konflik ini bukanlah masalah besar untuk Mora kerana beliau ada asas yang baik untuk bola sepak Malaysia.

Boleh dikatakan musim ini, Mora memang tidak sempat untuk menyelesaikan banyak isu taktikal dan teknikal di dalam pasukan JDT.

Kadangkala beliau ada isu dengan tactical error dan kadangkala pemain pula yang techincal error. Beliau kerap dipertikaikan kerana pemilihan kesebelasan utama dan tidak konsisten dalam perlawanan penting.

Tetapi untuk pasukan dengan skuad yang besar seperti JDT, adalah normal untuk tekanan itu sentiasa hadir dari semua arah ketika kalah.

Selamat maju jaya untuk Benjamin Mora dan JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN