Faktor Wang Kaburkan Mata Wijnaldum Sehingga Tolak Barcelona Dan Sertai PSG

Wijnaldum

Georginio Wijnaldum hampir pasti akan menyertai Barcelona selepas meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.

Wartawan terkenal, Fabrizio Romano sebelum ini melaporkan perjanjiann secara lisan telah tercapai diantara pemain itu dengan Barcelona, dan pemeriksaan perubatan turut telah dijadualkan pada minggu hadapan.

Namun demikian laporan terkini mengesahkan pemain Belanda itu tidak akan menyertai skuad kendalian Ronald Koeman.

Beberapa sumber utama termasuk ESPN melaporkan Paris Saint-Germain (PSG) telah tampil dengan tawaran untuk memastikan pemain itu tidak menyertai Barcelona.

Gergasi Ligue 1 itu turut dilaporkan tampil dengan tawaran kewangan yang lebih menarik daripada apa yang ditawarkan Barcelona.

Pakej tawaran dari PSG dipercayai berjaya meyakinkan Wijnaldum, dan Romano melalui satu ciapan baru-baru ini megesahkan pemain itu telah menolak tawaran Barcelona untuk memilih PSG.

“Georginio Wijnaldum telah membuat keputusan untuk menyertai Paris Saint-Germain. Barcelona tidak berniat untuk menaikkan tawaran selepas mencapai persetujuan dengan pemain tersebut hanya dua minggu lalu, dan pemeriksaan perubatan turut telah dijadualkan,” tulis Romano.

“Gini kini akan menerima tawaran oleh PSG dengan kontrak sehingga 2024, dan gaji dua kali ganda yang ditawarkan Barcelona.”

Perkembangan terbaru ini bermakna Wijnaldum semakin pasti akan menjadi pemain pertama yang akan ditandatangani oleh PSG pada musim panas ini. Pemain itu juga menjadi pemain pertama dibawa masuk di era Mauricio Pochettino.

Wijnaldum sebelum ini tidak pernah menyembunyikan pujian dan kekaguman terhadap Pochettino.

“Saya pergi berkunjung ke kediaman Maurico Pochettino sebelum saya mulai berbincang dengan Liverpool,” dedah pemain itu pada 2016 dalam satu temubual bersama majalah bola sepak Belanda, VI.

Walaupun memilih untuk menyertai Liverpool kemudiannya, Wijnaldum kini akhirnya disatukan dengan pengendali dari Argentina itu di PSG.

 

Baca artkel menarik lain mengenai Georginio Wijnaldum melalui pautan:

Wijnaldum: Kekasaran Pickford Terhadap Van Dijk ‘Sangat Bodoh’

Wijnaldum Kecewa Sekiranya Tidak Diturunkan Selaku Kesebelasan Utama Di Madrid

Klopp: Wijnaldum Marah Tiada Dalam Barisan Utama Bertemu Barcelona

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN