Fajr Ibrahim Letak Jawatan Dengan Surat Tulisan Tangan

Baru-baru ini ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim dilaporkan menghilangkan diri apabila kelibat beliau tidak kelihatan bersama pasukan di tempat penginapan di Perlis.

Jurulatih kelahiran Syria itu sepatutnya berada bersama pasukan bagi menjalani latihan menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Walaubagaimanapun, menurut laporan daripada Mstar Online,  misteri kehilangan beliau terjawab apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan telah menerima satu mesej whatsapp daripada Fajr Ibrahim.

Mesej itu mengandungi surat yang memaklumkan hasrat Fajr untuk meletak jawatan sebagai pengendali pasukan itu. Dalam surat itu, Fajer turut mendedahkan punca beliau mahu meninggalkan Kelantan.

Surat yang dihantar kepada Bibi Ramjani. Kredit: Mstar Online

“Susulan tugas yang sukar dan kekurangan kemudahan untuk latihan, saya ingin meletak jawatan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Kelantan,” katanya dalam surat tersebut.

Bibi Ramjani mengesahkan telah meneri mesej itu dan mengumumkan Yusri Che Lah sebagai pengendali sementara.

“Dia hantar surat itu menerusi WhatsApp pagi ini. Kita sudah kesuntukan masa. Jadi segala tugas Fajer akan diambil alih Yusri Che Lah,” katanya kepada Mstar Online.

Ini bukan kali pertama Fajr Ibrahim luahkan hasrat untuk meletak jawatan. Sebelum ini, jurulatih itu dilaporkan letak jawatan selepas  3 perlawanan liga super dimana beliau gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam tempoh tersebut.

Namun begitu, beliau membuat pusingan U setelah bertemu dan berbincang dengan Bibi Ramjani Illias Khan pada pagi Jumaat. Fajr Ibrahim menganggap semua isu sudah diselesaikan dan bersedia untuk kembali ke padang latihan.

Beliau juga berjanji akan terus cuba membantu Bibi Ramjani dalam bola sepak Kelantan. Seterusnya misi beliau kini adalah menamatkan kemarau kemenangan pasukan Kelantan.

Ramai juga penyokong Kelantan risau dengan perletakan jawatan ini akan memberikan impak kepada kem pasukan Kelantan. Ini kerana, Kelantan terlalu kerap bertukar jurulatih. Lagipun kesepekatan di antara Fajr dan KAFA sebelum ini sudah dicapai.

Kelantan kini menghuni kedudukan terbawah Liga Super selepas 13 perlawanan dan masih bergelut dengan zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN