Faizal Arif: UiTM FC Tetap Waspada Cabaran Perak

UiTM FC

Pencapaian menduduki tangga keempat CIMB Liga Super selepas enam perlawanan diibaratkan seperti satu mimpi buat ketua pasukan UiTM FC, Faizal Arif, yang langsung tidak menjangka mereka mampu bersaing sehingga setakat ini.

Hasil dua kemenangan berturut-turut ke atas Pahang dan Felda United menerusi keputusan 1-0, dia mengakui pasukan kendalian Frank Bernhardt itu telah membuka mata ramai pemerhati terhadap keputusan luar biasa yang dicatatkan UITM.

Namun, pasukan dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu berdepan misi yang sukar menjelang perlawanan pada Jumaat iaitu bakal turun menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh yang pasti mahu mencari semangat yang hilang selepas tewas besar 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tambah memeritkan buat Faizal, dia sendiri tidak dapat turun dalam perlawanan terbabit ekoran digantung satu perlawanan selain pemain import, Rabih Ataya lantas mengharapkan rakan-rakannya dapat meneruskan aksi konsisten serta cuba mencuri mata di Ipoh.

“Saya dan rakan-rakan sebenarnya seakan tidak percaya dengan apa yang kami telah capai hari ini, kerana rata-rata daripada kami majoritinya terdiri daripada pemain Bawah 23.”

“Biarpun pada awal musim, ramai mengatakan kami masih belum layak beraksi di Liga Super namun kami telah membalas kepercayaan mereka melalui beberapa keputusan yang membanggakan.

“Namun, saya harap rakan-rakan dapat mengekalkan fokus pada perlawanan seterusnya iaitu bertemu Perak yang saya boleh katakan pasti sukar kerana lawan mahu mencari sesuatu dan mahu bangkit daripada kekalahan lepas.

“ Kami masih menghormati kemampuan Perak yang dianggap sebagai salah satu pasukan yang kuat tetapi saya yakin kemampuan rakan-rakan mampu untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata di Ipoh.

“ Kami akan teruskan corak permainan intensiti tinggi yang menjadi kekuatan kami kerana itu menjadi senjata terbaik berdepan pasukan-pasukan elit Liga Super yang sememangnya kaya dengan pengalaman, ” katanya.

Kredit featured image: UiTM FC

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak dunia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN