Faiz Subri Cipta Sejarah, Anak Malaysia Pertama Julang Anugerah Puskas FIFA

Faiz Subri

Ya, ia bukan lagi mimpi lagi tapi realiti!

Faiz Subri telah pun berjaya memenangi Anugerah Puskas FIFA selepas menewaskan pencabar-pencabar lain untuk menjadi anak Malaysia dan pemain Asia pertama yang memenangi anugerah ini.

Tiada siapa sangka

Pada 16 Februari di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Faiz sudah melakukan perkara yang tidak dijangka oleh kita semua.

Dalam perlawanan menentang Pahang, Pulau Pinang telah memperoleh sepakan percuma dari zon indirect free-kick.

Ketika semua menjangkakan Faiz akan melambungkan bola itu kepada rakan-rakan beliau di dalam kotak penalti, Faiz melakukan sesuatu diluar jangkaan dengan merembat terus bola itu ke dalam pintu gol.

Lencongan tak masuk akal dari Faiz telah memberikan gol untuk Pulau Pinang pada malam tersebut. Sejak dari itu, ramai mula mengatakan gol Faiz tersebut berpotensi besar untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA.

Ramai yang mahukan gol Faiz tersebut mendapat perhatian dari FIFA dan berjaya. Namun ketika itu, FIFA memberi jawapan kepada seluruh rakyat Malaysia yang jangan terlalu berharap gol Faiz akan berjaya memasuki senarai akhir.

Hal ini kerana mungkin gol Faiz susah untuk bersaing dengan gol-gol yang dihasilkan dari liga yang lebih terkenal dan pemain yang lebih popular.

Gol Lionel Messi & Neymar tumbang

Walaupun pada mulanya FIFA tidak memberikan harapan tinggi yang gol Faiz akan pergi jauh, namun gol Faiz berjaya memasuki senarai 10 gol terbaik untuk Anugerah Puskas.

Saingan Faiz bukan calang-calang. Beliau disaingi dengan gol dari pemain-pemain terhebat dunia seperti Lionel Messi dan Neymar serta dari Saul Niguez.

Akan tetapi, gol Faiz berjaya mencuri perhatian seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia dan juga Asia, malah hampir di seluruh tempat di dunia ini terpegun dengan gol dari pemain Pulau Pinang ini.

Buktinya? Di laman video Youtube ada beberapa video berbentuk reaction video yang menunjukkan orang dari luar negara memberikan reaksi terhadap gol Faiz tersebut.

Perkara wajib yang mereka akan lakukan ketika melihat gol Faiz adalah, mereka pasti akan ulang semula lepas tengok untuk kali pertama. Contohnya dalam video ini:

Faiz si Juara!

Gol Faiz berjaya mencuri tumpuan dunia dan gol beliau berjaya memasuki senarai 3 gol terbaik bersama-sama dengan gol dari Marlone dan juga Daniuska Rodriguez.

Saingannya sedikit sukar kerana menurut sumber, Marlone merupakan pemain yang terkenal dari Brazil dan beliau boleh dikatakan sebagai pencabar terdekat untuk memenangi anugerah ini.

Namun begitu, rezeki tetap milik Faiz dan seluruh rakyat Malaysia apabila beliau berjaya juga memenagi Anugerah Puskas FIFA dengan mengutip undi sebanyak 54.96%, meninggalkan Marlone yang hanya mengutip 22.86% dan Rodriguez yang mengutip 10.01% undi sahaja.

Tiada lagi saat yang lebih indah untuk Faiz kerana individu yang menyampaikan anugerah tersebut adalah lagenda Brazil, Ronaldo Il Fenomeno!

Situasi menjadi sedikit janggal apabila Faiz mengambil sedikit masa di atas pentas, beliau dilihat sedang mencari sesuatu pada telefon pintar.

Rupanya, ia merupakan teks ucapan yang beliau simpan di dalam telefon pintarnya.

Walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk berucap dalam bahasa Inggeris, namun kami tetapi memuji keberanian Faiz untuk bercakap bahasa asing di hadapan nama-nama besar dalam dunia bola sepak. Tahniah!

Apa reaksi kami?

Seperti rakyat Malaysia yang lain, kami di Semuanya BOLA amatlah gembira lagi bangga dengan kejayaan yang diperoleh Faiz ini.

Kejayaan beliau ternyata merupakan kenangan manis yang tak akan kita semua lupakan kerana ia akan kekal dalam sejarah bola sepak negara selamanya.

Lupakan perdebatan sama ada gol ini nasib atau tidak, ataupun perdebatan sama ada wajarkah Faiz mengenakan busana Melayu ketika di Zurich, Switzerland. Jom kita sama-sama raikan kejayaan ini!

Kejayaan ini bukan milik Faiz sahaja, tetapi milik kita semua. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi bagi memastikan perkara mustahil ini jadi realiti.

Tahniah Faiz Subri!

Senarai penuh pemenang The Best FIFA Football Awards:

  • Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid) – Pemain Lelaki Terbaik
  • Carli Lloyd (Amerika Syarikat) – Pemain Wanita Terbaik
  • Claudio Ranieri (Leicester City) – Jurulatih Lelaki Terbaik
  • Silvia Neid (Jerman) – Jurulatih Wanita Terbaik
  • Faiz Subri (Pulau Pinang) – Anugerah Puskas
  • Liverpool & Borrusia Dortmund – Penyokong Terbaik
  • Atletico Nacional – Anugerah Fair Play
  • Falcao (Futsal) – Anugerah Pencapaian Gemilang Sepanjang Karier

FIFA Best XI: Formasi 4-3-3

  • Manuel Neuer (Jerman/Bayern Munich)
  • Dani Alves (Brazil/Juventus)
  • Sergio Ramos (Sepanyol/Real Madrid)
  • Gerard Pique (Sepanyol/Barcelona)
  • Marcelo (Brazil/Real Madrid)
  • Luka Modric (Croatia/Real Madrid)
  • Andres Iniesta (Sepanyol/Barcelona)
  • Toni Kross (Jerman/Real Madrid)
  • Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)
  • Luis Suarez (Uruguay/Barcelona)
  • Lionel Messi (Argentina/Barcelona)

Baca juga: Teori Fizik Di Sebalik Sepakan Percuma Faiz Subri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN