Faisal Rosli Akui Tok Gajah Sudah Mula Rindukan Matt Davies

Faisal-Rosli-Pahang-2019

Pertahanan kiri Pahang, Faisal Rosli mahukan para penyokong sentiasa berada bersama mereka dan terus menyokong untuk membantu meningkatkan semula semangat mereka.

Ini kerana, bukan sahaja para penyokong yang terkesan dengan kehilangan kapten pasukan, Matt Davies, tetapi seluruh pasukan turut merasai ketiadaan pertahanan kanan Tok Gajah itu.

Matt Davies telah sah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Super 2020 baru-baru ini, di saat semua pasukan dalam fasa akhir persediaan sebelum liga bermula.

Liga Malaysia akan mula membuka tirai pada 28 Februari depan dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan JDT dan Kedah serta beberapa aksi Liga Super esoknya.

Sudah bersama sejak musim 2015, Faisal Rosli dan Matt Davies sudah melalui pelbagai suka duka bersama Pahang di benteng pertahanan, menyebabkan dirinya turut terkesan dengan pemergian secara tiba-tiba pertahanan kacukan Malaysia-Australia itu tempohari.

Pada masa sama, Faisal Rosli juga berkata, Matt Davies adalah kapten pasukan yang banyak memberi arahan dan bertanggungjawab dalam memperkemaskan Pahang.

“Banyak kenangan manis dan pahit untuk dikenang kerana dia juga kapten dan sudah pasti ketiadaannya memberi kesan yang mendalam buat kami,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Lebih-lebih lagi, ketiadaan Davies berlaku ketika saingan Liga Malaysia, khususnya Liga Super bermula minggu depan,” tambahnya lagi yang kini sudah berusia 30 tahun.

Namun, sebagai pemain, Faisal Rosli bersama rakan sepasukan lain akan tetap memberikan yang terbaik kepada pasukan untuk melakar keputusan yang terbaik pada musim depan.

“Bagaimanapun, perjuangan tetap perlu diteruskan dan percaya Pahang tetap berada pada prestasi terbaik untuk menghadapi saingan musim ini.

“Sokongan padu peminat diharap berterusan untuk memberi motivasi dan semangat kepada kami,” ujar Faisal Rosli yang juga lebih mesra dipanggil Tocang.

Dalam aksi persahabatan yang dilangsungkan tertutup baru-baru ini, Pahang dikejutkan Terengganu FC, tewas 1-4. Gol Pahang adalah menerusi jaringan sendiri pertahanan lawan.

Pahang akan membuka tirai Liga Super pada 29 Februari berdepan Selangor di Stadium Darul Makmur, sebelum berkunjung ke laman lawan untuk menentang PJ City FC pada 6 Mac 2020.

KREDIT FOTO: PAHANG FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN