Fairuz Abdul Aziz Sertai Selangor Untuk Saingan Liga Super 2017

Fairuz Abdul Aziz yang merupakan pemain yang pernah beraksi untuk pasukan Selangor kembali ke pangkuan pasukan juara 33 Piala Malaysia itu selepas berkelana di beberapa pasukan.

Beliau kini menyertai pasukan Selangor yang boleh dikatakan pasukan yang dibina semula musim ini selepas beberapa pemain utama pergi meninggalkan pasukan tersebut seperti Nazmi Faiz, Shahrom Kalam dan juga Hafiz Kamal.

Sirih pulang ke gagang

Fairuz Abdul Aziz sebenanrnya bukanlah wajah yang asing di Selangor. Di peringkat remaja, beliau bermain untuk skuad Piala Presiden Selangor pada sekitar tahun 2003 hingga 2006.

Beliau kemudiannya dinaikkan ke skuad utama Selangor bermula pada musim 2006.

Beliau kemudiannya melakukan 13 penampilan bersama skuad Merah Kuning sebelum berhijrah ke Sime Darby FC pada 2009.

Selama 3 tahun, Fairuz berjaya melakukan 38 penampilan serta menjaringkan 2 gol bersama pasukan tersebut.

Beliau kemudiannya kembali ke Selangor sekali lagi pada musim 2012 namun beliau hanya berjaya melakukan 6 penampilan sahaja.

Oleh kerana tidak berjaya memperoleh tempat tetap di dalam skuad Selangor, beliau sekali lagi berkhidmat di Sime Darby FC dan melakukan 22 penampilan.

Masa sukar karier

Fairuz Abdul Aziz mengalami masa yang sukar di dalam karier beliau. Siapa sangka pemain yang pernah beraksi di Liga Super perlu bermain di Piala FAM demi kelangsungan karier?

Fairuz menyertai Air Asia All-Star FC atau kini dikenali sebagai Petaling Jaya Rangers pada tahun 2015.

Pada lewat 2016, beliau juga pernah menjadi salah satu pemain profesional yang beraksi untuk pasukan yang baru sahaja ditubuhkan iaitu Shah Alam Antlers yang bermain di Klang Valley Super League.

Khidmat yang diberikan oleh Fairuz tidaklah begitu lama kepada Shah Alam Antlers, namun beliau tetap berjaya memahat sejarah kelab apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol untuk Shah Alam Antlers dalam perlawanan kompetitif.

Kredit: Shah Alam Antlers

Gol itu hadir ketika perlawanan Shah Alam Antlers menentang Inggress Tigers ketika aksi pembukaan Klang Valley Super League.

Kini pada tahun 2017, beliau berjaya bermain di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia apabila bermain untuk pasukan Selangor untuk kali ketiga.

Kami berharap beliau akan berjaya bersama pasukan Selangor pada musim ini!

Kredit: Shah Alam Antlers

Baca juga: Previu Liga Super 2017: 5 Lagi Perlawanan Pembukaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN