Facebook Dapat Hak Penyiaran EPL Di Asia Tenggara

Facebook dilaporkan berjaya mendapatkan hak penyiaran EPL di Asia Tenggara untuk 3 musim bermula daripada musim 2019/20 sehingga 2021/22.

Berita ini pastinya khabar gembira kepada peminat EPL di Asia Tenggara di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos yang boleh menikmati siaran EPL menerusi penstriman langsung Facebook.

Facebook ingin meningkatkan portfolio mereka dalam penyiaran digital. Dan salah satu langkah besar mereka ambil adalah cuba mendapatkan hak penyiaran EPL.

Penyiaran EPL di Asia Tenggara di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos dikuasai oleh BeIn Sports dan Fox Sports Asia di.

Langkah pro aktif Facebook dalam penyiaran secara strim untuk acara sukan besar ini sudah bermula tahun lalu, apabila mereka cuba mendapatkan hak penyiaran kriket untuk Liga Perdana India mengatasi Star India. Namun usaha mereka itu gagal.

Di Amerika Syarikat, Facebook dalam usaha untuk menjadi badan penyiar untuk Major League Baseball, Liga Bola Keranjang Kolej Amerika Syarikat dan beberapa perlawanan Liga Juara-Juara dengan kerjasama bersama Fox Sports.

Sebuah lagi syarikat, dikatakan sudah berjaya Amazon mendapatkan hak penyiaran 20% EPL pada musim 2019/20 menerusi tv internet.

EPL kini sedang berbincang juga dengan YouTube dan Netflix untuk hak penyiaran atas talian. Hal ini kerana pengaruh siaran langsung secara penstriman langsung semakin mendapat sambutan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram