Fabio Cannavaro Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Skuad Kebangsaan China

Bekas kapten dan legenda bola sepak Itali, Fabio Cannavaro umum perletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan China, semalam.

Dia mengambil alih tugas tersebut daripada mentor yang juga rakan senegara, Marcello Lippi, jurulatih yang bertanggungjawab membawa Itali muncul juara dunia 2006.

Menurut kenyataan melalui laman media sosial Weibo, Jurulatih yang berusia 45 tahun itu menjelaskan beliau mahu fokus kepada tugasnya sebagai pengendali pasukan gergasi Liga Super China (CSL), Guangzhou Evergrande Taobao.

Bekas kapten Juventus itu menyertai Evergrande pada 2017 selepas dipecat dua tahun sebelumnya, telah meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan pertama CSL musim ini.

Beliau mengambil alih jawatan ketua jurulatih China daripada Marcello Lippi yang meletakkan jawatan susulan kegagalan China dalam kejohanan Piala Asia, Januari lalu, namun kekal sebagai penasihat Persatuan Bolasepak China (CFA).

Cannavaro bagaimanapun gagal meraih kemenangan pertama ketika membimbing China menentang Thailand dan Uzbekistan dalam Piala China bulan lalu. Mereka tewas 0-1 kepada kedua-dua pasukan tersebut.

“Dengan segala hormatnya, saya fikir ini masa yang sesuai untuk mengumumkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan China.

“Saya menghargai tawaran daripada Persatuan Bolasepak China dan Evergrande yang mahu saya membimbing dua pasukan dalam masa yang sama tetapi melakukan dua kerja ini telah memisahkan masa saya untuk bersama keluarga,” jelasnya.

Tindakan Cannavaro itu bermakna China perlu mencari ketua jurulatih yang baharu bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan bermula pada bulan September ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN