Fabinho: “Roberto Firmino Adalah Aset Terpenting Dalam Skuad Liverpool”

Liverpool

Musim ini merupakan musim yang cukup baik untuk pasukan Liverpool.

Walaupun tidak berjaya dalam saingan Premier League, namun mereka berjaya mendapatkan rekod kutipan mata tertinggi dalam sejarah penyertaan mereka.

Selain itu, mereka turut memperoleh kejuaraan UEFA Champions League yang diadakan di Madrid tempoh hari.

Kejayaan itu datang dari hasil usaha kolektif, namun begitu pada hemat Fabinho terdapat seorang pemain yang cukup penting buat Liverpool.

Pemain yang dimaksudkan adalah Roberto Firmino.

Menurut laporan Empire of the Kop, Fabinho mengatakan yang Firmino merupakan pemain yang cukup bijak.

Malah kerajinan pemain itu membantu barisan pertahanan sering membuatkan Fabinho sering berterima kasih kepada Firmino.

“Di Liverpool, beliau adalah pemain yang cukup sempurna di posisinya.”

“Firmino adalah pemain pintar yang akan sentiasa ada ketika proses melakukan serangan. Kadang kala ketika bertahan, beliau turut akan datang membantu.”

Fabinho juga turut memuji sikap semangat kerjasama berpasukan Firmino yang bukan sekadar suka menjaringkan gol, malah suka memberikan peluang kepada rakan sepasukan untuk melakukan perkara yang sama.

Tidak hairanlah mengapa pemain seperti Firmino dianggap seperti aset yang cukup penting buat Liverpool walaupun tumpuan sering terarah kepada Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk.

Firmino dan seorang lagi pemain Liverpool iaitu Alisson Becker kini bersama skuad Brazil dalam persiapan menentang Argentina dalam aksi separuh akhir Copa America 2019.

Sementara Fabinho tidak disertakan ke dalam skuad Brazil untuk kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN