FA Selangor Lancar FAS Women’s Super League, Liga Wanita Pertama Negara

Bola sepak wanita Malaysia

Buat julung kalinya, bola sepak wanita Malaysia akan mempunyai liga kompetitifnya yang sendiri!

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) baru-baru ini melancarkan FAS Women’s Super League (WSL) yang merupakan liga bola sepak wanita pertama di negara.

Membawa tema #ThisIsOurTime (Inilah Masa Kami), WSL dilihat sebagai platform terbaik buat pemain bola sepak wanita di Selangor untuk menonjolkan bakat mereka.

“WSL adalah platform untuk meningkatkan lagi kancah bola sepak wanita di Selangor dan memberikan peluang kepada semua pasukan wanita untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti pasukan profesional,” kata FAS dalam siaran Facebook mereka.

November jadi tumpuan

Hasil dari pelancaran WSL, November bakal dilihat sebagai bulan yang sibuk buat FAS dalam memperkenal bola sepak wanita kepada seluruh penduduk Selangor.

Dalam siaran yang dikeluarkan FAS, kemuncak kepada WSL adalah pada akhir November dimana pelancaran rasmi dan majlis undian akan dilakukan.

Majlis yang akan diadakan pada 20 November itu akan diadakan di Sunway Resort dan bakal dirasmikan oleh Raja Muda Selangor – Tengku Amir Shah.

Seminggu sebelum pelancaran rasmi, satu perlawanan persahabatan akan diadakan di Radia Arena, Bukit Jelutong dengan tujuan untuk meraikan terbitnya era baharu bagi bola sepak wanita di negara ini khususnya Selangor.

Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang dirancang bersempena WSL ini dan anda boleh lihat di bawah:

Satu tindakan proaktif

Menyedari kancah bola sepak wanita di seluruh dunia kini semakin berkembang dan mula mendapat liputan meluas, pelancaran WSL ini dilihat cukup bagus untuk bola sepak di negara kita.

Walaupun namanya sama seperti saingan FA Women’s Super League (FAWSL) di England, ianya memberikan peluang besar kepada pemain wanita di negara kita untuk menonjolkan bakat.

WSL menyelesaikan masalah besar kepada terbantutnya bola sepak wanita di Malaysia iaitu tiada platform.

Benar kita mempunyai Piala Tun Sharifah Rodziah(PTSR) yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tetapi kita perlukan lebih lagi saingan liga di peringkat negeri-negeri untuk pembangunan menyeluruh.

Siapa tahu, mungkin satu hari nanti PTSR akan diubah format dan dijadikan sebagai liga kebangsaan bagi bola sepak wanita satu hari nanti jika FA negeri juga mengikut langkah yang dibuat FAS ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN