FA Selangor Hantar Permohonan Kepada FMLLP Untuk Guna Stadium KLFA Cheras

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih berusaha untuk mecari jalan penyelesaian agar skuad Red Giant boleh beraksi pada waktu malam dalam pertandingan Liga Super 2018.

Bagi FAS, beraksi dalam perlawanan di sebelah malam akan lebih memudahkan penyokong Selangor untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan merah kuning.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Usahasa Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan bahawa Selangor akan menggunakan Stadium Selayang sebagai ‘venue’ tuan rumah.

Bagaimanapun skuad bimbingan P. Maniam itu terpaksa beraksi di sebelah petang, disebabkan lampu limpah stadium yang tidak menepati piawaian badan penganjur bola sepak negara.

FMLLP turut perlu mengatur jadual perlawanan membabitkan perlawanan di Stadium Selayang, disebabkan UKM FC dan juga Kuantan FA turut memilih stadium berkenaan sebagai venue masing-masing.

Walaupun demikian, FMLLP membenarkan FAS untuk mencari stadium lain yang difikirkan sesuai untuk kegunaan aksi pada waktu malam.

Sehubungan dengan itu, pengurus pasukan Selangor yang juga merupakan Naib Presiden FAS, class=”tmm_fname”>Datuk Abdul Rauf Ahmad telah mengesahkan pihak FAS telah mendapat lampu hijau daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menggunakan stadium tersebut

Oleh yang demikian, pihak FAS telah menghantar surat kepada pihak FMLLP untuk tujuan pertimbangan daripada badan penganjur tersebut.

Bekenaan penggunaan Stadium Shah Alam, Datuk Rauf turut mengesahkan pihak FAS sudah menghantar surat untuk memohon menggunakan stadium terbabit untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

Namun demikian, FAS tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak berwajib, sekaligus terpaksa mencari alternatif lain sebagai gelanggang rasmi untuk didaftarkan sebagai halaman sendiri.

Selain daripada Stadium Selayang, Datuk Rauf menjelaskan FAS hanya mempunyai dua pilihan lain, iaitu Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi dan juga Stadium KLFA, Cheras untuk kegunaan pada sebelah malam.

Datuk Rauf dipetik berkata sedemikian ketika diajukan soalan oleh Labola Malaya dalam satu bual bicara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN