Evra Sekali Lagi Ingatkan, Jangan Datang Ke Rumah Cristiano Ronaldo Untuk Makan

Bleacher Reports mengenang kembali tarikh Manchester United menandatangani Cristiano Ronaldo pada 16 tahun yang lalu.

Namun yang menariknya Patrice Evra sekali lagi – dengan nada gurauan – mengingatkan agar jangan datang ke rumah Ronaldo untuk makan. Kerana menurut Evra anda akan terasa sesi makan itu seperti sesi latihan tambahan.

“Dia adalah mesin. Jangan sesekali pergi ke rumahnya untuk makan kerana ianya akan menjadi seperti satu lagi sesi latihan,” ciap Evra di twitter.

Pada tahun 2018, Evra sebenarnya pernah berkongsi tentang cerita diet Cristiano Ronaldo yang sangat ketat. Beliau pernah menceritakan bahawa beliau menyesal menerima jemputan makan oleh Ronaldo.

“Hanya ada salad dan ayam pucat tanpa rasa, bahkan jus pun tak ada. Dia (Cristiano Ronaldo) hanya sediakan air putih sahaja.”

Itulah cerita yang dikongsikan oleh bek kiri Perancis, Patrice Evra mengenai pengalamanya ketika beliau pernah dijemput ke rumah Ronaldo semasa mereka sepasukan satu ketika.

Evra yang di wawancara dalam rancangan televisyen ITV sempena kejohanan Piala Dunia 2018 berkata, beliau amat kagum dengan cara bintang Portugal itu menjaga pemakanan dan kesihatannya.

“Awalnya saya fikir bahawa akan ada daging besar dan hidangan [mewah] yang lain selepas jemputan itu.”


“Tetapi, ternyata tidak ada hidangan lain yang disediakan oleh dia.” kata Evra.

“Selesai sahaja makan, dia terus mengajak saya bermain bola sepak dan berenang di kolam renang.”

Tambahnya lagi, “Ronaldo benar-benar seperti sebuah mesin. Dia tidak pernah penat untuk berhenti berlatih.”

Evra turut mengakui hasil kerja keras yang diusahakan Ronaldo telah berjaya membuatkan bintang Portugal tersebut berada ditahap seperti sekarang.

Disiplin Ronaldo dalam menjaga pemakanan dan latihan telah membuahkan hasil yang memuaskan bagi dirinya.


Evra turut berpesan kepada penonton agar menolak jemputan Ronaldo jika Ronaldo mempelawa mereka untuk berkunjung ke kediamannya.

“Saya ingin menasihatkan kepada semua orang agar menolak jemputan Ronaldo untuk datang ke rumah.”

Patrice Evra dan Cristiano Ronaldo pernah beraksi bersama Manchester United sekitar tahun 2005 sehingga 2009 dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Sepanjang tempoh itu, kedua-dua pemain membantu United menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris selama tiga musim berturut-turut pada tahun 2007, 2008 dan 2009, selain daripada gelaran Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2008.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN