Evra Mahu Pogba Kekal Di Manchester United

Bekas pertahanan kiri Manchester United, Patrice Evra mengatakan beliau mahu pemain tengah semasa kelab itu iaitu Paul Pogba kekal di Old Trafford.

Evra berkata demikian ketika ditemuramah oleh pihak media dan ditanya dengan lebih lanjut mengenai masa depan pemain itu yang dilihat masih tidak menentu.

“Beliau adalah seorang yang fokus pada tugasnya.”

“Paul Pogba kini berada di Manchester United dan akan kekal di situ.”

Dalam masa yang sama, Evra mengakui yang terdapat perbincangan mengenai Pogba namun beliau tetap berpendapat adalah baik untuk pemain itu kekal di kelab sekarang beliau bermain.

“Buat masa sekarang, sukar untuk beliau tinggalkan pasukan kerana jendela perpindahan sudah memasuki penghujugnya.”

“Adalah tidak untuk saksikan beliau keluar dari kelab apabila musim bola sepak (di England) sudah bermula. Saya harap beliau akan gembira di Manchester United.”

Pada hemat Evra, Pogba adalah yang terbaik dan beliau berkata dirinya akan berikan nasihat paling elok untuk pemain itu.

“Jika beliau gembira bersama pasukannya sekarang, saya akan suruh kekal saja di situ. Jika tidak gembira, saya akan minta dia pergi.”

“Tapi kalau saya berterus terang, saya memang nak dia kekal.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply