Everton Mahu ‘Sailang’ Barcelona Untuk Aguero

Everton kini memasang impian untuk membawa masuk penyerang Manchester City, Sergio Aguero ke Goodison Park pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Penyerang Argentina itu akan bergelar ejen bebas selepas tamat kempen musim ini selepas City mengesahkan tidak akan menawarkan kontrak baharu buat pemain berusia 32 tahun itu.

Status ejen bebas menjadikan Aguero menjadi rebutan kelab-kelab di dalam dan luar Premier League. Chelsea, Tottenham Hotspur dan Leeds United adalah antara kelab yang dikhabarkan menanam minat untuk mendapatkan Aguero.

Manakala di Sepanyol, Barcelona adalah pilihan dengan prospek Aguero akan bergandingan dengan Lionel Messi. Namun jika Aguero masih berminat meneruskan kariernya di Premier League, maka Everton mahu tampil serius untuk meyakinkan penyerang berpengalaman itu menyertai mereka.

Bukan rahsia lagi pengurus Everton, Carlo Ancelotti mahu membawa beberapa masuk beberapa nama besar ke dalam pasukan kendaliannya untuk saingan pada musim hadapan.

Kelab Merseyside itu kini turut dikatakan serius membida perancang tengah Barcelona, Philippe Coutinho.

Tiada keraguan dengan adanya Aguero, jentera serangan Everton akan bertambah tajam selepas ini. Namun halangan utamanya ialah untuk memenuhi tuntutan gaji besar yang mencecah £240,000 seminggu yang dipinta oleh pemain itu.

Disebabkan itu Everton dilaporkan telah memberitahu wakil kepada pemain tersebut bahawa kelab tersebut sanggup menawarkan yuran perjanjian (signing -on fee) yang lebih tinggi sebagai ganti.

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011 dan telah menjaringkan 258 gol dari 386 penampilan di dalam semua pertandingan. 182 daripada gol tersebut dihasilkan di Premier League.

Everton pada musim ini bergelut dengan konsistensi walaupun secara keseluruhan menunjukkan peningkatan ketara berbanding musim-musim sebelumnya.

Ancelotti sudah tentu berharap pemain seperti Aguero mampu membawa kualiti dan pengalaman ke dalam pasukan. Suatu perkara yang pasti, ianya tidak mudah untuk meyakinkan Aguero ke Goodison Park, mengambil kira saingan yang ada untuk tandatangan pemain itu.

 

Baca artikel lain mengenai Sergio Aguero melalui pautan di bawah:

Sergio Aguero: Man City Lepas, Man Utd Kebas?

Aguero Dikecam ‘Seksis’ Kerana Pegang Bahu Pembantu Pengadil Wanita

Sergio Aguero: Saya Tak Faham Kenapa Lionel Messi Dikritik

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN