European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas

European Super League terus mendapat bantahan ramai pihak untuk dianjurkan. Bantahan itu kembali berulang pada hujung minggu selepas perkembangan terkini menyatakan beberapa pasukan utama eropah termasuk di Liga Perdana Inggeris telah bersetuju untuk menyertainya.

Gary Neville dengan penuh emosi menuntut agar Manchester United, Liverpool dan juga Arsenal disingkiran dari Liga Perdana Inggeris dan beraksi di liga Championship pada musim hadapan kerana menyokong usaha mewujudkan pertandingan elit dikenali sebagai European Super League.

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan England itu turut berkata semua enam kelab Inggeris yang menyokong usaha tersebut harud menerima hukuman berat dengan denda dan penolakan mata.

Apa Neville telah katakan?

Bercakap kepada Sky Sports, Neville berkata: “Mereka tidak mempunyai kesetiaan kepada negara ini dan liga yang telah ada. Cukuplah. Tidak ada seorang pun penyokong dan peminat bola sepak di negara ini yang tenang mendengar perkembangan terbaru, atau menunggu pengumuman terkini [pertandingan].”

“Ia seperti melucutkan rasa hak milik kepada kelab. Maksud saya, bagaimana anda mahu menyaksikan pasukan anda beraksi di Super League apabila kelab anda itu seperti membuang 14 kelab lain yang ada di Premier League dan membiarkan mereka bermain sendiri. Ini akan membuatkan Championship mati, kelab-kelab EFL One  dan Two akan mati, begitu juga denga National League. Keseluruhan sistem piramid bla sepak negara yang  diperjuangkan selama 150 tahun ini akan hilang hanya kerana sikap enam kelab? Ia amat memalukan. Ia tidak boleh berlaku.”

“Biarkan mereka pergi, tetapi hukumlah mereka. Hukum mereka tanpa ditangguhkan lagi. Jika ada penguman surat persetujuan telah ditandatangan oleh enam kelab, maka mereka wajar diberikan hukuman berat. Jumlah denda yang tinggi, penolakkan mata, ambil kembali kejuaraan milik mereka, siapa peduli.

“Berikan kejuaraan itu pula kepada Burnley dan Fulham. Biar sahaja Fulham kekal bersaing [di Liga Perdana Inggeris]. Singkiran Manchester Unted, Liverpool, dan Arsenal kerana merekalah yang sepatutnya menderita.”

“Liverpool misalnya sepatutnya adalah kelab milik orang ramai. Bercakap sahaja mengenai You Never Walk Alone. Apa pemilik Liverpool buat? Apa pemilik Manchester United lakukan?  – ia amat memalukan. Anda langsung tidak mendengar apa-apa dari mereka. Mereka seperti pedagang yang mabuk.”

Apa berlaku sebelum itu?

Bagi yang kurang jelas, European Super League merupakan sebuah idea untuk mewujudkan kejohanan antara kelab-kelab elit di Eropah.
Jika wujudnya kejohanan ini, ia akan menutup peluang untuk pasukan-pasukan dari liga kerdil Eropah untuk menyertainya.

Laporan pada Ahad mendedahkan pelan untuk keluar dari liga dan menyertai European Super League. Ia adalah respon kepada format baharu pertandingan dari UEFA untuk Champions League, yang akan membabitkan 36 pasukan dan akan diumumkan pada Isnin.

Pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA), Andrea Agnelli yang juga merupakan Presiden Juventus, dipercayai menyokong usaha penwujudan Super League.

ECA sendiri sebelum ini turut menyokong UEFA dengan perubahan format Champions League.

Tetapi sekarang jumlah sokongan untuk pengwujudan Super League telah dikatakan cukup.

Siapakah yang membantah?

Hanya Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dikatakan membantah pengwujudan Super League.

Di PSG, mereka percaya menyertai 12 kelab lain dalam pengwujudan Super League adalah satu tindakan tidak menghormati sistem sedia ada.

Mereka mahu berbincang mengenai cadangan oleh UEFA yang akan dibentangkan pada Isnin.

PSG juga percaya pertandingan eropah tidak sepatutnya dihadkan kepada kelab kaya sahaja, dan kelab-kelab kecil seperti Atalanta, Ajax dan Leicester turut harus diberi peluang.

“Kami kekal dengan tradisi yang diperkenalkan UEFA,” kata sumber dari PSG.

Siapakah penyokong pengwujudan Super League?

12 kelab semuanya mahu beraksi si European Super League setakat ini. Mereka adalah Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham, FC Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Inter Milan, AC Milan dan Juventus.

Bagaimana pertandingan European Super League dijalankan?

Menurut laporan pada Januari lalu, pertandingan ini akan melibatkan 2o kelab. 15 daripadanya adalah ahli tetap, manaka lima lagi akan bertanding selepas pusingan kelayakkan yang diadakan setiap tahun.

Enam kelab utama Inggeris akan menjadi sebahagaian dariapada anggota 15 ahli tetap yang juga ahli terawal pertandingan/founder member.

The Times melaporkan semua ahli terawal pertandingan European Super League akan ditawarkan £310 juta setiap kelab untuk menyertai pertandingan ini. Sebagai perbandingan pusingan kelayakan Champions League pula hanya bernilai £100 juta.

20 kelab bertanding tadi akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 10 pasukan. Setiap pasukan akan bermain secara timbal balik sesama ahli kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati untuk menentukan juara musim tersebut.

Perlawanan suku akhir dan separuh akhir turut akan dimainkan secara timbal balik, manakala perlawanan akhir akan dimainka di venue neutral.

Perlawanan akan dimainkan pada pertengahan minggu seperti Champions League, kecuali perlawanan ahir. Kelab akan terus bersaing di liga domestik masing-masing.

Apa berlaku kepada Champions League yang diperbaharui UEFA?

UEFA mahukan format baharu Champions League mulai 2024, dan 36 pasukan akan terlibat seawal peringkat kumpulan, dimana setiap pasukan akan bermain 10 perlawanan. Ia dipanggil ‘model Swiss’.

Untuk format baharu ini, akan ada penambahan 100 perlawanan, dan pasukan yang layak sehingga ke perlawanan akhir akan bermain sehingga 17 perlawanan, empat perlawanan lebih daripada format yang ada sekarang.

Jumlah perlawanan yang semakin banyak menjadi masalah kepada pasukan dan liga domestik. Di England, pertandingan Piala Carabao diihat terancam akibat perubahan ini.

Tiga atau empat slot ke Champions League akan diberikan kepada kelab berdasarkan prestasi mereka di Eropah sebelum ini, dan dinilai melalui sistem ranking UEFA.

Apa kata FIFA

Sukar untuk menggariskan apakah akibat kepada bola sepak sekiranya rancangan European Super League ini diteruskan. UEFA jelas menentang dan mahu menjaga kepentingan Champions League.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara terbuka permah menolak idea kepada penganjuran pertandingan ini.

Oleh itu, FIFA secara terbuka pernah menyatakan akan mengharamkan penyertaan para pemain yang beraksi dalam kejohanan itu dengan tidak membenarkan mereka menyertai Piala Dunia dan juga kejohanan yang berkaitan.

Misi FIFA jelas sekali mahu menjaga kebaikan bola sepak sejagat dengan tidak mahu sukan itu hanya dimainkan oleh beberapa pasukan sahaja di dunia.

Sebagai sebuah badan pertandingan, pihak Premier League turut telah mengeluarkan kenyataan membantah penganjuran pertandingan tersebut.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:

Main European Super League, FIFA Akan Haramkan Pemain Sertai Piala Dunia

Wenger Tidak Tolak Cadangan European Super League Akan Direalisasikan Pada Masa Hadapan

Leave a Reply