Euro-Med Kutuk FIFA Tutup Mata Penindasan Israel Ke Atas Pemain Palestine

Euro-Mediterranean Human Rights Monitor menzahirkan rasa kecewa mereka ke atas FIFA yang telah menutup mata ke atas pencabulan oleh pihak berkuasa Israel ke atas perlawanan akhir kedua Piala Palestine.

Israel masuk campur dan mengganggu perlawanan tersebut yang sepatutnya dilangsungkan di Gaza dan West Bank.

Euro-Med kecewa kerana bola sepak sepatutnya menjadi wadah untuk menghubungkan masyarakat dan menyebarkan keamanan. Namun malangnya, pihak berkuasa Israel dituduh telah membakar titian ini dengan beberapa kenyataan tidak berasas.

Israel telah melarang 30 orang pemain dan pegawai pasukan Khadamat Rafah melakukan perjalanan dari Gaza ke West Bank untuk bermain final Piala Palestine menentang Balata Youth Center di Nablus.

Ini terang-terangan melanggar kod FIFA yang menegaskan bahawa setiap manusia berhak untuk bermain ataupun slogan: “right to play for everyone”.

Israel menjadikan alasan ancaman keselamatan sebagai sebab mereka campur tangan.

Perlawanan final pertama diadakan di Rafah Municipal Stadium di Gazaa pada 30 Jun 2019 yang lalu. Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jarringan.

Setiap tahun, beberapa perlawanan bola sepak diadakan di Gaza dan West Bank. 2 pasukan terbaik akan ke final Piala Palestine yang merupakan kejohanan diiktiraf FIFA.

Euro-Med meminta FIFA lebih tegas dalam isu ini. Israel turut menghalang atlet Palestine yang lain, misalnya bola tampar – daripada memasuki negara mereka untuk pertandingan.

Israel pula menjadikan alasan, para atlet turut dirangkum secara kolektif dengan orang Palestine yang mereka tuduh memberikan ancaman kepada mereka.

Euro-Med mencabar FIFA agar tidak pilih kasih dan menegakkan prinsip yang mereka cipta untuk bola sepak iaitu hak bermain bola sepak untuk semua orang.

Selain itu, Euro-Med menganggap tindakan Israel ini merupakan satu penindasan dan diskriminasi ke atas warga Palestine dengan apa jua cara.

Oleh itu, Euro-Med menggesa FIFA membuka siasatan ekstensif ke atas askar Israel yang beberapa kali mensasarkan serangan ke atas kemudahan sukan di Palestine.

Euro-Med juga mendedahkan bahawa mereka mendapat statistik daripada Kementerian Belia dan Sukan Palestine, menyatakan: Seramai 200 atlet Palestine mati di tangan askar Israel dalam tempoh 10 tahun.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram