Euro B21: 5 Perkara Dari Perlawanan Sepanyol vs Portugal

Sepanyol melangkah ke separuh akhir selepas menang 3-1 ke atas Portugal. Kami gariskan 5 perkara daripada perlawanan tersebut.

1. Sepanyol stabil dengan 4-2-3-1

Pada awalnya mereka dijangka bermain 4-3-3. Namun Sepanyol sangat stabil dengan formasi 4-2-3-1 dengan sistem ‘target man’.

https://www.facebook.com/axello.axel.1/posts/139706503249055

Mereka bermain dalam sistem yang lebih berasaskan serangan balas pada awal perlawanan dan tidak terlalu kemaruk dengan penguasaan bola yang tinggi seperti mana dalam tiki taka.

2. Renato Sanches tenggelam

Renato Sanches gagal untuk memberikan impak lebih berkesan di dalam perlawanan ini. Sebelum perlawanan, Ramai menjangkakan beliau akan menjadi nadi utama pasukan Portugal dalam perlawanan penting ini.

Namun ia tidak berlaku!

Tidak hairanlah Renato dikeluarkan pada minit ke-73. Beliau jelas tidak efektif seperti biasa.

3. Jaringan menarik Bruma

Pada kedudukan ketinggalan 2-0, Bruma telah menjaringkan salah satu gol terbaik dalam kejohanan ini pada minit ke-77. Ia mungkin juga ‘goal of his life’.

Bruma menyambut ‘clearance’ Bellerin dengan voli yang menarik dari luar kotak penalti. Ia adalah bolos pertama Sepanyol dalam kejohanan ini.

Saksikan!

https://www.youtube.com/watch?v=wSSUSJ_2PEs

4. Sepanyol pasukan lebih baik

Sebelum perlawanan, jurulatih Sepanyol melabel Portugal pasukan terbaik di dalam kejohanan ini. Seperti dijangka, ia lebih kepada perang saraf.

Sepanyol memiliki skuad yang lebih berkualiti daripada Portugal. Dan kami boleh katakan Sepanyol adalah pasukan untuk dikalahkan sekiranya pasukan lain mahu menjuarai kejohanan ini.

5. Portugal perlu memperbaiki serangan dan pertahanan

Portugal jelas ada isu dengan sistem serangan mereka. Portugal memiliki kemampuan mencipta peluang berterusan namun hubungan di antara hantaran dengan penyerang sangat mengecewakan.

Ketika bertahan, masalah utama Portugal adalah ruang. Mereka kerap memberikan ruang yang besar di bahagian blok rendah dan terlalu panik berhadapan dengan serangan balas.

Mereka cuba berada di garisan rendah tetapi memberikan kebebasan kepada pemain-pemain Sepanyol menggunakan ruang di luar kotak penalti.

Ramain pemain Sepanyol yang ada kemampuan melakukan cubaan bahaya dari luar kotak penalti terutama sekali apabila diberikan ruang.

Rumusan

Ia jelas perlawanan yang berkualiti untuk disaksikan walaupun untuk peringkat Euro B-21. Sepanyol memiliki ramai bakat yang sudah stabil dalam pasukan utama di liga utama Eropah.

Portugal seperti biasa, kejohanan seperti ini adalah peluang mereka mendedahkan kepada dunia luar akan bakat-bakat muda mereka terutama sekali dari liga mereka.

Sepanyol mara ke Separuh akhir dan Portugal perlu membuat perhitungan dalam perlawanan terakhir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram