Euro 2020: Pelanggan Pek Sukan Astro Berpeluang Menangi 51 TV Pintar 4K UHD!

Astro Euro 2020

Bagi memeriahkan kempen Goal Mania, Astro telah menyediakan 51 buah hadiah televisyen 4K Ultra High Definition (UHD) untuk dimenangi bagi semua pelanggan Pek Sukan sedia ada ataupun bagi mana-mana pelanggan yang baru mendaftar.

Menerusi penganjuran aktiviti bersama pelanggan selama empat hari dari 1 hingga 4 April ini di pusat membeli belah Sunway Pyramid (Blue Atrium), semua peminat bola sepak dijemput untuk turut serta menikmati pengalaman tontonan terhebat dengan produk-produk inovatif Astro seperti Ultra Box, Ulti Box, Astro Go dan Astro Broadband.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, siaran langsung acara dan perlawanan sukan berprestij merupakan teras utama kepada sajian kandungan yang dipersembahkan oleh Astro bagi meningkatkan jumlah tontonan.

Dari Kiri, Mazhairul Jamaludin, Pengarah NJOI & OTT Astro, Azlin Arshad, Pengarah Komersial Astro dan Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro, bergambar bersama bekas pemain England, Michael Owen secara maya.

Dengan itu, selain siaran langsung semua 51 perlawanan dalam versi 4k UHD, Astro juga akan membawakan pelbagai kandungan sampingan sempena temasya bola sepak kedua terbesar dunia itu seperti analisis, sorotan perlawanan dan lain-lain lagi.

“Dengan pandemik yang berlaku sekarang, tentunya, kami melakukan segala-galanya secara maya,” ujarnya ketika sidang media selepas majlis Best Euro 2020 Viewing Experience di Sunway Pyramid pada Khamis.

“Disebabkan wabak ini, kami mendapat akses yang lebih mudah kepada pakar hebat yang sangat bernas yang dapat menyokong program untuk sepanjang musim UEFA Euro ini.”

Dalam acara pelancaran pada Khamis, pengacara Adam C turut berpeluang menemubual secara maya bekas pemain England, Michael Owen yang menceritakan pengalamannya beraksi di Euro selain berkongsi pendapat tentang pemain serta pasukan yang akan membuat penampilan di kejohanan tersebut tidak lama lagi.

Seawal 1 Jun menerusi saluran khas 809 dan 810 versi HD di televisyen dan platform Astro Go, pelanggan sudah boleh menonton siri perlawanan kelayakan, sorotan perlawanan-perlawanan menarik, perlawanan persahabatan dan program-program berbentuk majalah.

Lebih mengejutkan lagi, pelanggan Pek Sukan yang layak bakal menerima penaik tarafan secara percuma kepada Ultra Box yang menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan kerana semua 51 perlawanan itu akan disiarkan dalam versi 4K Ultra High Definition (UHD) menerusi saluran 781 dan 782.

Mereka juga akan terus menikmati siaran langsung liga-liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Serie A, Bundesliga, Ligue 1 serta acara sukan berprestij lain seperti Formula 1, Moto GP, UFC, NBA, perlawanan tenis, badminton dan banyak lagi.

Perlawanan pertama Euro 2020 yang akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Jun ini akan mempertemukan pasukan Turki dan Itali pada jam 3.00 pagi waktu tempatan.

Untuk melanggan Pek Sukan dan seterusnya memenangi hadiah televisyen 4K, anda boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi pautan di bawah:

Langgan Pek Sukan: promotions.astro.com.my/details/UEFAEURO2020

Astro Ultra Box: astro.com.my/ultra

Muat turun Astro Go: astrogo.astro.com.my

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Euro 2020:

Lihat Rekaan Jersi Away adidas Untuk 6 Negara Sempena Euro 2020

Mason Greenwood Mampu Jadi Bintang Utama England Di EURO 2020

Football Republic Perkenalkan Bola Rasmi EURO 2020, Uniforia



Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN