EURO 2020: Kali Pertama England Mulakan Langkah Dengan Nota Kemenangan

England Euro 2020 Croatia

Gareth Southgate menjadi jurulatih pertama yang berjaya menamatkan ‘badi’ England yang tidak pernah membuka aksi di kejohanan Eropah dengan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Croatia 1-0 dalam aksi kumpulan D di Wembley.

Gol tunggal Raheem Sterling pada babak kedua sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat pasukan tuan rumah.

10 minit pertama menyaksikan England memberi amaran awal dengan dua peluang menerusi percubaan Phil Foden yang terkena tiang dan rembatan voli Kalvin Phillips diselamatkan penjaga gol Croatia Dominik Livakovic.

Seterusnya perlawanan berlangsung agak hambar sehingga masa rehat.

Sorakan di Wembley akhirnya bergema pada minit ke-57 setelah England berjaya memecah kebuntuan menerusi penyudah Raheem Sterling yang bijak mencuri ruang untuk menyambut umpanan Kalvin Phillips.

Beberapa minit kemudian, Harry Kane yang menerima hantaran lintang Mason Mount terlepas peluang untuk menambah gol setelah percubaannya tersasar.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kalvin Phillips jelas pemain paling mencuri tumpuan dalam perlawanan ini. Satu percubaan tepat ke arah gol, satu bantuan jaringan, pemain dengan jarak  larian paling jauh dan 94% ketepatan hantaran, tiada sebab untuk pemain tengah Leeds United ini tidak dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Beliau juga muncul pemain England pertama yang mencipta jaringan dalam penampilan pertama di kejohana Eropah sejak David Beckham melakukannya ketika Euro 2020.

Sterling pula meneruskan rekod cemerlangnya di peringkat antarabangsa selepas terlibat dengan 19 gol dari 17 penampilan terakhirnya untuk England (13 gol, enam bantuan jaringan).

Jude Bellingham turut mencipta sejarah dengan muncul pemain paling muda dalam kejohanan Eropah dan pemain termuda England yang beraksi di kejohana Utama (Piala Dunia dan Euro).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Euro 2020:

Simon Kjaer Adalah Bukti Pentingnya Pemimpin Hebat Dalam Pasukan

“Chris, Saya Sayang Kamu!!!”- Dua Gol Lukaku Bantu Belgium Benam Rusia

Euro 2020: Pertemuan Denmark VS Finland Ditangguh Selepas Christian Eriksen Rebah Tidak Sedarkan Diri

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply