Euro 2020: De Ligt Mohon Maaf, Akui Kesilapannya Punca Belanda Tersingkir

Matthijs de Ligt Belanda

Pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt mengakui keputusan pengadil melayangkan kad merah kepadanya menjadi punca utama kepada kekalahan pasukannya dalam aksi pusingan 16 kejohanan Euro 2020.

Status pasukan bukan pilihan tidak menjadi penghalang untuk Republik Czech mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan bergaya 2-0 hasil jaringan Tomas Holes dan Patrick Schick.

10 minit selepas bermula babak kedua, De Ligt pada awalnya dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana menggunakan tangan untuk menampan bola bagi menghalang pergerakan Schick.

Namun selepas membuat semakan menerusi VAR, pengadil mengubah keputusannya dengan memberikan kad merah kepada pemain pertahanan Juventus tersebut.

Kelebihan beraksi lebih seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Republik Czech yang membocori gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Holes pada minit ke-68.

Schick kemudian menggandakan kedudukan 10 minit sebelum tamat perlawanan yang merupakan gol keempat peribadinya dalam kejohanan ini.

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

De Ligt yang ditemubual selepas perlawanan mengakui kegagalannya untuk mengeluarkan bola dengan baik menjadi punca bola terkena tangannya.

“Sudah tentu, ia bukan perasaan yang baik. Kami tewas disebabkan kesilapan saya. Saya tidak seharusnya membenarkan bola itu melantun dan segera mengeluarkannya,” ujarnya.

“Keputusan pengadil telah mengubah perlawanan. Saya melihat bagaimana pasukan berusaha sehingga penghujung perlawanan tetapi saya bertanggungjawab di atas kegagalan ini.

“Kami mempunyai beberapa peluang dalam separuh masa pertama. Malangnya tiada percubaan tepat ke sasaran, tetapi peluang itu ada. Saya tidak berasa seperti mereka jauh lebih baik.

“Sudah tentu, ini sangat sukar. Bermain dalam kejohanan selalu merupakan peluang keemasan. Sekiranya anda tersingkir seperti itu, itu lebih menyakitkan.”

Sekalipun menerima kad merah, De Ligt masih dianggap salah seorang pemain terbaik Belanda dalam perlawanan ini dengan aksi cemerlangnya pada separuh masa pertama.

Republick Czech bakal bertemu Denmark di peringkat suku akhir.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:

Analisis: Keberkesanan Sistem Bek Bertiga Yang Popular Digunakan Di Euro 2020

Krisis Kecederaan Tidak Resahkan Deschamps, Perancis Masih Pasukan Pilihan Berdepan Switzerland

Senarai Pemain Bintang Yang Terpinggir Di Euro 2020

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply