EURO 2020: Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Pasukan Yang Belum Layak ke Pusingan Akhir

12 pasukan sudah pun mengesahkan tempat di pusingan akhir kejohanan EURO 2020 sementara 14 pasukan lagi sedang memburu baki slot yang tinggal selepas dua negara Scandinavia, Sweden dan Finland turut layak pada awal pagi tadi.

England turut mengesahkan penyertaan mereka di EURO 2020 selepas menang besar ke atas Montenegro pada Khamis. Wales, Northern Ireland dan Republik Ireland pula masih mengejar kedudukan tempat kedua dalam kumpulan sekalipun mereka sudah pun layak untuk slot play-off.

Sementara itu, juara bertahan Portugal serta dua bekas juara Jerman dan Belanda juga masih belum layak ke pusingan ahir. Scotland pula sudah pasti akan bermain dalam perlawanan play-off pada Mac tahun depan.

Jadi siapa yang telah pun layak dan apa yang diperlukan untuk pasukan lain menyertai mereka? Bagaimana pula dengan pusingan play-off nanti?

Kredit Foto: UEFA

England mengesahkan tempat mereka di EURO 2020 selaku juara kumpulan selepas menang 7-0 ke atas Montenegro. Republik Czech turut layak selepas bangkit dari ketinggalan untuk menundukkan Kosovo 2-1.

The Three Lions akan berdepan Kosovo dalam perlawanan akhir pada Ahad untuk menamatkan kempen kelayakan ini dengan penuh bergaya.

Kredit Foto: UEFA

Juara bertahan, Portugal yang menumpaskan Lithuania 6-0 akan layak sekiranya mereka menang ke atas Luxembourg pada Ahad ini. Jika mereka tercicir sebarang mata, kemenangan Serbia ke atas Ukraine di tempat sendiri akan memastikan Serbia layak ke pusingan akhir.

Jika Portugal tewas dan Serbia seri, Serbia tetap tidak akan layak berdasarkan rekod pertemuan dengan Portugal.

Kredit Foto: UEFA

Secara realistiknya, Northern Ireland perlu menang dalam dua perlawanan terakhir mereka iaitu menentang Belanda di tempat sendiri dan Jerman di tempat lawan dengan mendapatkan bekalan kelebihan jaringan sekurang-kurangnya empat gol.

Jika mereka menang kedua-dua perlawanan dengan keputusan 1-0, mereka perlu pastikan sama ada Jerman atau Belanda tewas di gelanggang sendiri apabila berdepan Belarus dan Estonia.

Skuad bimbingan Michael O’Neill itu masih berpeluang untuk beraksi di slot play-off jika mereka gagal meraih kedudukan dua teratas kumpulan.

Kredit Foto: UEFA

Republik Ireland akan layak ke EURO 2020 sekiranya mereka mengalahkan Denmark di Dublin pada Isnin. Mereka perlukan kemenangan dengan kelebihan dua gol untuk mengatasi Denmark dari segi rekod pertemuan antara dua pasukan.

Sementara Switzerland pula dilihat berpeluang besar untuk layak kerana lawan terakhir mereka adalah pasukan belasahana Gibraltar dan berpeluang untuk menamatkan kempen di kedudukan teratas kumpulan.

Denmark dan Switzeland hanya perlukan seri sahaja untuk layak. Sementara Republik Ireland pula perlu beraksi di pusingan play-off jika kekal di tempat ketiga.

Kredit Foto: UEFA

Wales sekalipun menduduki tempat keempat, pasukan itu masih berpeluang cerah untuk layak ke pusingan akhir jika mereka menumbangkan Azerbaijan di tempat lawan dan Hungary di laman sendiri.

Syaratnya Slovakia tercicir mata apabila bertemu sama ada Croatia mahupun Azerbaijan.

Tewas di Baku pada Sabtu akan meranapkan impian mereka untuk layak secara automatik dan terpaksa menempuh jalan sukar di peringkat play-off.

Croatia akan layak jika mereka menang atau seri menentang Slovakia. Sementara nasib Hungary dan Slovakia pula akan ditentukan pada perlawanan terakhir.

Kredit Foto: UEFA

Sweden telah pun mengesahkan slot ke EURO 2020 selepas menang 2-0 mengatasi Romania. Mereka menamatkan kempen kelayakan ini di tempat kedua di belakang Spain yang telah layak lebih awal.

Kredit Foto: UEFA

Austria akan mengesahkan tempat cukup dengan maraih satu mata apabila berdepan North Macedonia pada Sabtu.

North Macedonia, Slovenia dan Israel yang berkongsi 11 mata, lima mata di belakang Austria wajib menang dua perlawanan terakhir mereka dan mengharapkan pelbagai kemungkinan untuk layak ke pusingan akhir.

Poland pula sudah menempah slot di pusingan akhir lebih awal.

Kredit Foto: UEFA

Perancis dan Turki kedua-duanya sudah layak ke pusingan akhir pada Khamis selepas Perancis menang 2-1 ke atas Maldova dan Turki pula seri 1-1 menentang Iceland.

Perancis berpeluang menamatkan kempen selaku juara kumpulan jika mereka menewaskan Albania pada Ahad. Jika mereka seri, Turki juga berpeluang untuk memintas jika mereka menang ke atas Andorra.

Iceland pula sah akan beraksi di pusingan play-off pada Mac tahun depan.

Kredit Foto: UEFA

Belgium dan Russia telah sah ke EURO 2020 tahun depan. Jika perlawanan terkahir antara kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri, Belgium akan menjadi juara kumpulan.

Sementara Scotland pula akan bermain dalam perlawanan play-off berikutan pencapaian mereka di Liga Negara-Negara Eropah.

Kredit Foto: UEFA

Finland telah mencatat sejarah layak ke kejohanan utama buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan Liechtenstein 3-0.

Italy pula telah mengesahkan tempat lebih awal dan masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN