Euro 2020: 4 Pasukan Mara Ke Pusingan Seterusnya Sebelum Aksi Terakhir Kumpulan

Sweden England Euro 2020

Belum sempat beraksi dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D Euro 2020, England dan Czech Republik sudah mengesahkan tempat ke peringkat 16 pasukan terakhir berikutan keputusan melibatkan kumpulan B dan C.

Kedua-dua pasukan telah mengumpul empat mata dalam dua perlawanan, ia telah pun mengatasi tiga mata pasukan Finland dan Ukraine di kumpulan B dan C. Ini bermakna mereka telah pasti menjadi empat pasukan terbaik di tangga ketiga daripada enam kumpulan.

Turut mengesahkan kemaraan tanpa sempat bermain perlawanan terakhir peringkat kumpulan adalah Sweden (kumpulan E) dan Perancis (Kumpulan F) yang juga mempunyai empat mata.

Switzerland yang telah selesai tiga perlawanan di kumpulan A dan mengumpul empat mata  juga mampu menarik nafas lega apabila mengesahkan tempat ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu boleh turun beraksi tanpa tekanan, namun beraksi di hadapan penyokong sendiri di Wembely, mereka pastnya mahu melangkah ke pusingan seterusnya dengan penuh bergaya selaku pendahulu kumpulan D.

Scotland yang kini mengumpul satu mata juga berpeluang untuk mara sekiranya mereka menewaskan Croatia.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:

Hadir Dengan Reputasi ‘Kuda Hitam’, Apa Sudah Jadi Dengan Turki Di Euro 2020?

Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus

Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN