Espirito: “Saya Tidak Suka Kucing Hitam, Ia Pembawa Malang”

Pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo meluahkan rasa kurang senang mengenai kehadiran seekor kucing hitam yang telah mencerobohi kawasan padang ketika perlawanan Wolverhampton menentang Everton di Goodison Park, kelmarin. 

Bagi Espirito, beliau menganggap kehadiran kucing tersebut telah membawa ‘nasib malang’ kepada tuan rumah selepas ditewaskan pasukan kendaliannya 3-1.

A black cat on the pitch during the Premier League match at Goodison Park, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Menurut tradisi di England, kucing hitam dianggap sebagai membawa tuah. Namun ianya berbeza di kebanyakan negara Eropah yang lain dengan menganggap ianya sebagai pembawa kepada nasib malang.

Pembawa malang

Pengadil, Lee Mason terpaksa memberhentikan perlawanan seketika apabila kucing yang diberi gelaran ‘Goodison Cat’ itu telah memasuki padang.

Kucing hitam tersebut mula berlegar di dalam padang sejurus Leander Dendoncker menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-66. Ia kelihatan mencari jalan keluar selepas menyedari menjadi perhatian orang ramai.

Wolverhampton Wanderers manager Nuno Espirito Santo and coaching staff look at a cat on the pitch during the Premier League match at Goodison Park, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Selepas perlawanan, Espirito sebagai berkata, jika dinegaranya ‘kucing hitam’ adalah pembawa malang. Oleh itu beliau enggan sama sekali melihat kejadian seperti itu berlaku lagi.

“Di negara saya Portugal, kucing hitam adalah membawa malang jadi saya tidak mahu melihat kucing itu sekali lagi.”

“Saya tidak suka kucing hitam.” tegasnya.

Besiktas didenda

Pada Mac tahun lalu, gara-gara seekor kucing mencerobohi padang, kelab Turki, Besiktas telah dikenakan didenda 34,000 euro (RM159,295) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah selepas perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich pada 16 Mac tahun lalu.

ISTANBUL, TURKEY – MARCH 14: A cat runs on the field during the UEFA Champions League Round 16 return match between Besiktas and FC Bayern Munich at Vodafone Park in Istanbul, Turkey on March 14, 2018. Match is interrupted for a while by a cat. (Photo by Metin Pala/Anadolu Agency/Getty Images)

Besiktas didenda kerana membenarkan ataupun gagal menghalang kucing tersebut memasuki kawasan padang dan berlegar-legar di tepi padang.

UEFA memberikan amaran kepada Besiktas kerana kegagalan pengurusan stadium mereka mengawal keadaan tersebut.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram