Ervin Boban Ucap Selamat Tinggal Buat Keluarga JDT

Boban

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT) II, Ervin Boban bakal meninggalkan keluarga besar JDT selepas beliau mengucapkan selamat tinggal menerusi satu hantaran di Facebook rasmi milik beliau.

Bait kata-kata diungkapkan Boban pada posting tersebut turut  dikongsikan oleh laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebagai penghargaan buat bekas pemain import di era semi pro dan juga jurulatih yang  membantu JDT II menjulang Piala Cabaran 2019.

”Selepas 12 tahun perjalanan saya bersama keluarga JDT akhirnya bertemu penghujungnya. Perjalanan ini sungguh hebat dan berjaya, begitu banyak kenangan indah yang akan sentiasa tersemat di hati saya.”

”Terima kasih diucapkan khas kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas sokongan baginda dan peluang yang diberikan kepada saya sekali lagi untuk mewakili Negeri Johor.”

”Bermain untuk Johor pada tahun 90-an selama 7 tahun dan kini sebagai jurulatih selama 5 tahun memberikan saya sebuah kebanggaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Terima kasih kepada pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain. ”

”Akhir sekali kepada para penyokong keluarga JDT yang hebat walau di mana sahaja anda berada. Hidup Johor !!! Demi Johor !!! Sehingga kita berjumpa lagi !!!” Ujar jurulatih kelahiran Split, Croatia itu menutup ucapan penghargaannya.

Dengan perkembangan ini, penyokong skuad Harimau Selatan pastinya teruja untuk menantikan siapakah gerangan yang bakal menjadi pengganti buat Boban bagi membimbing JDT II pada musim hadapan.

Adakah bakal ada berita yang mengejutkan atau barisan jurulatih sedia ada akan dinaikkan pangkat? Sama-sama kita nantikan.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN