Ernesto Valverde Akui Manchester United Mampu Beri Masalah Buat Barcelona

Valverde

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde mengakui kekuatan yang dimiliki Manchester United mampu untuk memberikan masalah buat pasukan bimbingannya dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi pertama di Old Trafford pada pertengahan minggu ini.

Melihat kepada keupayaan United menumbangkan Paris Saint-Germain 3-1 di Parc de Princess, Valverde ternyata tidak memandang mudah cabaran yang bakal diberikan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu.

Menurut sumber Goal, pengendali dari Sepanyol itu tanpa berselindung menyifatkan Manchester United sebagai sebuah pasukan yang kuat.

LANDOVER, MD – JULY 26: Luis Suarez #9 of Barcelona dribbles past Chris Smalling #12 of Manchester United in the first half during the International Champions Cup match at FedExField on July 26, 2017 in Landover, Maryland. (Photo by Patrick Smith/Getty Images)

”Mereka (Manchester United) adalah sebuah pasukan yang kuat.”

”Mereka kini dalam prestasi terbaik walaupun tewas pada perlawanan terakhir (bertemu Wolves).”

”Secara fizikalnya mereka sangat kuat dan mereka tahu bagaimana untuk memberikan tekanan buat pasukan lawan.”

”Mereka memiliki pemain yang mempunyai fizikal yang sangat kuat dan berbahaya.”

Kali terakhir Barcelona dan Manchester United bertemu dalam saingan kompetitif adalah pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah 2010/11 di Wembley yang menyaksikan Barcelona menang 3-1 di Wembley hasil jaringan Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN