Erling Haaland Tolak Spekulasi Akan Berpindah Ke Chelsea

Erling Haaland

Penyerang muda sensasi, Erling Haaland dilihat menolak sebarang spekulasi yang membabitkan dirinya dengan perpindahan ke Chelsea menjelang musim baharu ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh bintang Borussia Dortmund itu.

Menurut wartawan Fabrizio Romano, Haaland menafikan ada proses untuk memindahkan beliau dari Dortmund ke Chelsea ketika ini kerana dirinya sudah lama tidak bercakap dengan ejennya.

Haaland disebut-sebut akan berpindah ke Chelsea dengan nilai perpindahan sebanyak €175 juta.

“Sebelum semalam, saya tidak ada bercakap dengan ejen saya selama sebulan.”

“Tapi saya harap ianya sekadar khabar angin sahaja, kerana nilai €175 juta itu adalah cukup besar bagi seorang pemain.”

Haaland juga menegaskan yang beliau masih gembira di Dortmund serta mempunyai kontrak panjang bersama kelab itu.

Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga masih mahu memenangi kejuaraan.

“Saya masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontrak saya. Saya begitu seronok di sini.”

“Tetapi semestinya kejuaraan itu penting kerana itu adalah saya mahukan.”

Apa yang dikatakan oleh Haaland tersebut mungkin agak umum kenyataannya.

Sekiranya Dortmund mampu memberikan kejuaraan kepadanya, jadi kenapa perlu untuk Haaland berpindah bukan?

Namun apa yang boleh dikatakan kini, Haaland dijangka tidak akan berpindah dari Dortmund pada musim ini tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply