Erling Haaland Kini Jadi Rebutan Dua Kelab Manchester

Erling Haaland Noway England

Penyerang muda yang cukup berpotensi, Erling Haaland kini menjadi rebutan dua kelab Manchester.

Manchester United dan Manchester City melihat pemain tersebut sebagai jalan penyelesaian kepada isu penyerang dalam kedua-dua pasukan.

Bagi United, Haaland mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di bahagian serangan akibat tiadanya penyerang prolifik yang mampu menjaringkan gol saban minggu.

Pada hemat City pula, pembelian Haaland dilihat sebagai pengganti jangka panjang kelab itu kepada penyerang veteran iaitu Sergio Aguero yang tidak lama lagi bakal meninggalkan kelab.

Persaingan dua kelab Manchester ini bagaimana pun telah membuatkan kelab La Liga, Real Madrid dalam keadaan berjaga-jaga.

Mengetahui yang mereka bakal berdepan dengan dua kelab Inggeris yang mempunyai kekuatan kewangan yang hebat, adalah perlu untuk Real Madrid  memecahkan tabung untuk membawa pemain Borussia Dortmund.

Melepaskan Haaland pastinya tidak mudah buat Dortmund, mereka dikhabarkan mahu sekurang-kurangnya €75 juta sebagai permulaan untuk melepaskan pemain itu menurut Football Espana.

Akan tetapi, Madrid ada pilihan lain sebelum Haaland kerana kelab itu dikhabarkan mahu mendapatkan Kylian Mbappe dahulu sebelum penyerang  Norway.

Baca juga artikel kami mengenai Erling Haaland:

Erling Haaland Diangkat Sebagai ‘Budak Emas’

Dari Erling Haaland Ke Lionel Messi, Ini Senarai 100 Pemain Terbaik Dalam FIFA21

Michu: Keraian Jaringan Haaland Satu Penghormatan Buat Saya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN