Erling Haaland Diangkat Sebagai ‘Budak Emas’

Kerjasama Semuanya BOLA

Erling Haaland

Bintang muda Borussia Dortmund, Erling Haaland kini secara rasminya telah memenangi anugerah Golden Boy untuk tahun 2020.

‘Mesin gol’ dari Norway itu menewaskan beberapa lagi pemain muda berpotensi besar seperti Jadon Sancho, Alphonso Davies dan juga Ansu Fati.

Pemilihan beliau sebagai pemenang pastinya diterima baik oleh ramai pihak apabila melihat prestasinya yang cukup baik terutamanya ketika musim pertama bersama-sama Borussia Dortmund dan Red Bull Salzburg di Austria.

Menurut Goal, beliau merakamkan 44 gol dari semua kejohanan pada musim 2019/2020 dan pada ketika itulah beliau mengumumkan kehadirannya dalam bola sepak dunia.

Beliau berjaya mencuri hati ramai peminat bola sepak apabila persembahan separuh musimnya selepas berpindah dari Salzburg ke Dortmund apabila 16 gol beliau terhasil daripada 18 penampilan.

Kredibiliti pemain itu terus dipandang tinggi dengan Haaland terus memecut untuk duduk sama tinggi dengan penyerang elit di Bundesliga.

Namanya sering saja dikaitkan dengan seorang lagi ‘mesin gol’ dari Bayern Munich iaitu Robert Lewandowski.

Haaland tidak boleh lari daripada spekulasi apabila namanya turut dikaitkan dengan beberapa potensi perpindahan ke kelab-kelab utama dunia.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United serta Real Madrid. Namun begitu, ianya hanyalah sekadar spekulasi menurut bapanya, Alf-Inge Haaland.

“Bila kita beraksi baik, adatlah untuk kelab besar datang ‘ketuk pintu’, tapi itu semua hanyalah spekulasi.”

Kata bapanya lagi, fokus mereka berdua adalah untuk Dortmund kerana Haaland sudah mempunyai kontrak panjang bersama mereka.

Baca juga artikel kami mengenai Erling Haaland:

Dari Erling Haaland Ke Lionel Messi, Ini Senarai 100 Pemain Terbaik Dalam FIFA21

Michu: Keraian Jaringan Haaland Satu Penghormatan Buat Saya

Burki: Erling Haaland Akan Setaraf Dengan Lewandowski Tidak Lama Lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram