Erling Haaland Benci Van Dijk

Penyerang Borussia Dortmund Erling Braut Haaland menjelaskan mengapa beliau paling benci untuk berhadapan dengan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Penyerang berusia 19 tahun ini dianggap sebagai pemain paling ‘hot’ di Eropah buat masa ini setelah menghasilkan 40 gol dari 32 penampilan untuk Dortmund dan Red Bull Salzburg pada musim ini.

Beliau meninggalkan Salzburg untuk menyertai Dortmund pada jendela perpindahan Januari lalu dengan nilai perpindahan £20 juta.

Penampilan sulungnya di Liga juara-Juara Eropah pada musim ini turut mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Genk, sebelum mejaringkan gol penyamaan ketika Salzburg beraksi menentang Liverpool di Anfield di peringkat kumpulan.

Sehingga kini, Haaland telah menjaringkan 10 gol dari tujuh penampilan di pertandingan elit eropah ini, dan Haaland akan terus menjadi tumpuan apabila Dortmund bertandang ke PSG untuk perlawanan timbal balik pada awal Khamis nanti.

Menjelang perlawanan penting tersebut, Haaland telah ditemu ramah oleh majalah terkenal bola sepak dunia, France Football.

Dalam temu ramah tersebut France Football akan bertanya beberapa soalan berbaur provokasi kepada Haaland.

Ditanya mengenai siapakah pemain paling dibenci pernah beliau berhadapan, Haaland menjawab: “Van Dijk. Beliau sangat bagus. Beliau sangat kuat, pantas, dan memiliki segala kualiti. Beliau adalah seorang pemain yang sangat hebat.”

Haaland turut menjawab soalan mengenai masa depannya. Menjawab soalan ketika ditanya jika Dortmund sekadar kelab batu loncatan untuk beliau pergi lebih jauh, beliau berkata: “Saya baru sahaja tiba [di Dortmund]. Saya gembira di sini. Saya mahu memiliki banyak pencapaian di sini.

“Saya hanya mahu memberikan fokus kepada perkara itu. [Atmosfera] Stadium di sini membuatkan saya teruja, dan saya dikelilingi oleh mereka yang baik di sini.”

Mengenai masa depannya dalam tempoh 10 tahun akan datang, Haaland menjawab: “Saya tidak tahu. Memang saya ada impian. Tetapi kini saya baru tiba di Dortmund.

“Saya sangat gembira di sini. Saya mahu menikmati setiap saat saya berada di kelab ini untuk mencapai kejayaan dan tidak terfikirkan perkara lain.”

Tatkala Haaland akan ke Parc des Princes bersama Dortmund untuk mempertahankan kelebihan yang mereka miliki, Van Dijk dan Liverpool akan cuba mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri untuk mengubah defisit satu gol ketikan menyambut ketibaan Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN