EPL: Wolves Tewaskan Arsenal, The Gunners Persiakan Peluang Naik 4 Teratas

Arsenal keciciran mata sekali lagi dan sekali lagi mempersiakan peluang untuk berada di 4 teratas – ketika Man. United tewas di Old Trafford, dan Chelsea keciciran mata dalam aksi sebelum ini.

Arsenal tewas di tangan Wolves di Molineux dalam aksi separuh masa pertama – di mana -The Gunners ketinggalan 3 gol di belakang.

Ruben Neves meletakkan Wolves di hadapan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-28. Neves beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

Matt Doherty kemudiannya menanduk masuk untuk gol kedua pada minit ke-37.

Dan pada masa kecederaan separuh masa pertama, Diogo Jota menambahkan lagi luka Arsenal dengan gol ke-3. Ianya berpunca daripada kesilapan pemain Arseal yang kehilangan bola di tengah. Jota meluru ke arah kotak penalti dan menewaskan Bernd Leno.

Arsenal mendapat gol sagu hati menerusi Sokratis yang menanduk masuk sepakan penjuru Granit Xhaka pada minit ke-80.

Ini adalah kekelahan paling teruk Arsenal di tangan pasukan yang baru naik ke EPL.

Sementara Wolves meneruskan rekod cemerlang mereka ke atas pasukan Big Six.

Kemenangan ini juga membolehkan Wolves melonjak daripada tangga ke-10 ke tangga ke-7. Wolves kini mengintai slot untuk ke UEL musim hadapan. Manakala Arsenal kekal di tangga ke-5, 1 mata dibezakan dengan Chelsea dan 4 mata daripada Spurs.

Unai Emery dalam sidang media selepas perlawanan menyatakan mereka tewas di tangan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN