EPL: VAR Sahkan Gol Kemenangan Arsenal

Gol Alexandre Lacazette awalnya telah dibatalkan kerana ofsaid. Namun selepas semakan semula menerusi VAR, pengadil telah mengesahkan bahawa gol itu bersih dan tiada ofsaid.

Arsenal diberikan gol tersebut ketika perlawanan berbaki 12 minit sahaja lagi.

Arsenal turun berhadapan dengan sebuah lagi pasukan dari London iaitu West Ham United.

Walaupun menang ke atas West Ham dan kekal tak kalah tahun ini dalam saingan liga, namun Arteta meminta agar anak anak buahnya memperbaiki beberapa kelemahan dalam perlawanan ini.

Beliau gembira dengan kemenangan pasukan Arsenal. Kerana menurut beliau, sebuah pasukan besar akan sentiasa dapat mencari keputusan yang bagus ketika mereka tidak bermain bagus.

Kemenangan ini juga memastikan Arsenal berjaya meraih kemenangan ketiga berturut turut dalam liga buat pertama kali sejak Februari 2019.

Arteta berkata: “Saya gembira kerana pasukan besar biasanya akan mendapat penyelesaian ketika mereka tidak bermain baik.”

“Kami berjaya mengubah keadaan dengan keputusan di atas padang. Namun kita harus memperbaiki beberapa perkara untuk mendapatkan aksi yang kita mahu lihat.”

“Namun ini bukan kerja satu malam sahaja.”

West Ham kini sudah tewas 6 perlawanan liga terakhir mereka di tempat lawan. West Ham dilihat pasukan yang lebih mengancam dalam perlawanan ini.

Namun malangnya mereka sangat tumpul dan Arsenal akhirnya mendapat gol menerusi Lacazette yang meneriman umpanan daripada Mesut Ozil.

Itu juga merupakan assist ke-256 Mesut Ozil di dalam kariernya. Hanya Lionel Messi yang lebih tinggi daripada beliau.

Kekalahan ini juga membuatkan skuad bimbingan David Motes itu kekal di tangga ke-16. Hanya dibezakan perbezaan jaringan daripada zon penyingkiran.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram