EPL: United Menang Kali Ke-10 Berturut-Turut Di Gelanggang Lawan

Marcus Rashford Manchester United EPL

Buat kesekian kalinya, Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United di Bramall Lane pada Khamis.

Dua gol dari Marcus Rashford dan satu dari Anthony Martial memastikan United mengekalkan rekod kemenangan 100% di tempat lawan pada musim ini.

Dean Henderson yang diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama berdepan bekas pasukannya membuat kesilapan pada awal permainan apabila percubaannya untuk mengeluarkan bola dihadang Oliver Burki dan mudah ditolak masuk David McGoldrick untuk gol pertama perlawanan.

Namun United segera bertindak balas dengan gol penyamaan oleh Rashford pada minit ke-26 sebelum Martial menjaringkan gol kedua tujuh minit kemudian menjadikan kedudukan 2-1 apabila tamat separuh masa pertama untuk menamatkan kemarau jaringannya selepas 491 minit.

Enam minit selepas bermula babak kedua, Rashford memastikan United terus selesa apabila meledak gol kedua peribadinya menerusi serangan balas pantas.

Jaringan McGoldrick pada lewat permaianan menerusi tandukan tidak cukup untuk menghaland skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu sekali lagi membawa pulang tiga mata dari tempat lawan.

Kemenangan tersebut meletakkan United di tangga keenam liga selepas mengumpul 23 mata daripada 12 perlawanan dan hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liverpool namun mempunyai satu perlawanand di dalam tangan.

United merupakan pasukan keempat yang berjaya mencatat rekod menang 10 perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan selain Spurs (1960), Chelsea (2008) dan Manchester City (2017).

Sheffield United hanya mengumpul satu mata sahaja yang merupakan rekod paling rendah oleh mana-mana pasukan dalam sejarah EPL dalam 13 perlawanan musim ini.

Pengurusnya, Chris Wilders dalam sidang media selepas perlawanan mengatakan beliau tidak risau mengenai kedudukannya kerana telah pun sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk pasukannya.

Untuk perlawanan seterusnya, United akan berdepan Leeds United pada Isnin sementara Sheffield pula akan berkunjung ke Brighton sehari sebelum itu.

Saksikan sorotan perlawanan di antara Sheffield United dan Manchester United di sini:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN