EPL: Tanpa Lukaku & Werner Pun Chelsea Boleh ‘Kenduri Besar’

Chelsea Lukaku EPL

Meskipun beraksi tanpa penyerang utama Romelu Lukaku dan Timo Werner yang diketepikan kerana kecederaan, Chelsea meneruskan rentak cemerlangnya dengan meraih kemenangan besar 7-0 ke atas Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Mason Mount mencuri tumpuan dengan merekodkan hatrik untuk menutup kemarau jaringannya sejak aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid pada Mei lalu.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu sudah pun mendahului dua gol seawal minit ke-18 selepas Mount dan Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol pertama meeak musim ini. Mount kemudian mencipta jaringan buat Reece James untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum waktu rehat.

Minit ke-57, pemain pertahanan The Blues, Ben Chilwell terus mencetak namanya selaku penjaring gol untuk empat perlawanan berturut-turut dan hanya lima minit kemudian Max Aarons menjaringkan gol sendiri.

Pemain pertahanan Norwich, Ben Gibson dilayakan kad kuning kedua pada minit ke-65 yang meletakkan pasukan pelawat itu semakin tertekan dan Mount menjaringkan dua gol lagi pada penghujung perlawanan melengkapkan hatriknya.

Tanpa Lukaku dan Werner, Chelsea menjadikan Kai Havertz sebagai penyerang jadian dengan diapit oleh Mount dan Hudson-Odoi yang jelas mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan ia ternyata memberi masalah besar kepada pertahanan Norwich.

Kegagalan skuad The Canaries untuk memberi tekanan membolehkan pemain Chelsea mendominasi penguasaan bola dan menggunakan kelebihan tersebut untuk mencari ruang dan peluang menghasilkan tujuh gol dalam perlawanan ini.

Penjaga gol Edouard Mendy terus mengekalkan prestasi cemerlangnya dengan menyelamatkan beberapa percubaan dan memastikan gawangnya tidak dibolosi sehingga tamat perlawanan.

Chelsea kini selesa mendahului carta liga dengan mengumpul 22 mata, berkelabihan empat mata mengatasi pencabar terdekat Liverpool yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan bakal berdepan Manchester United pada malam esok,

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply