EPL: Spurs Terkulai Di Tangan Newcastle

Tottenham mencatatkan penguasaan bola sebanyak 80% dalam perlawanan ini. Namun mereka tewas di tangan pasukan yang bermain sangat defensif iaitu Newcastle.

Pemain termahal dalam sejarah Newcastle, Joelinton memberikan Newcastle kemenagan sulung mereka pada musim ini. Ini juga mata pertama Steve Bruce bersama dengan Newcastle.

Tottenham harus menyalahkan diri mereka kerana terlena ketika gol itu dicipta. Joelinton menerima hantara Atsu dan merembatnya ke sebelah kanan Lloris.

Seterusnya, Spurs gagal untuk lebih tajam dan laju di garisan seragan berhadapan dengan 9 atau 10 pemain di belakang.

Mauricio Pochettino menggunakan Christian Eriksen dan Lo Celso di tengah. Namun masih gagal untuk mencipta peluang lebih berkualiti.

Daripada 80% penguasaan bola, Spurs hanya mampu melakukan 2 percubaan tepat sahaja.

Spurs kemudian kecewa dengan VAR yang tidak memberikan mereka penalti ketika Harry Kane dijatuhkan oleh Jama Lascelles.

Tamat perlawanan, Tottenham 0 Newcastle 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN