EPL: Matty Longstaff Humban Man United 2 Mata Daripada Zon Penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Segalanya serba tak kena di Manchester United ketika ini. United dalam usaha untuk bangkit daripada prestasi kurang meyakinkan awal musim ini. Namun malangnya mereka tewas di tangan pasukan yang bergelut memulakan musim ini.

Ole Gunnar Solskjaer menyenaraikan semula Harry Maguire di dalam pasukan beliau.

Pemain berusia 19 tahun, Matty Longstaff melakukan debut EPL yang luar biasa. Adik kepada Sean Longstaff itu telah menjadi wira Newcastle dengan gol tunggal – kemenangan – ke atas Manchester United.

Kemenangan ke atas United membolehkan Newcastle keluar daripada zon penyingkiran. Dan dibezakan hanya 1 mata daripada Manchester United yang berada di tangga ke-12.

Pasukan Manchester United beraksi dengan teruk sekali lagi. Mereka hilang kreativiti di final third.

Harry Maguire memiliki peluang kemasan dengan tandukan dari jarak dekat. Namun ianya tidak tepat.

Kekalahan United ini menyaksikan mereka hanya mengumpul 9 mata daripada 8 perlawanan. Permulaan terburuk mereka sejak musim 1989/90.

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau kecewa dengan kekalahan pasukannya. Namun menyimpan keyakinan keadaan akan menjadi lebih baik, apabila beberapa pemain utama mereka kembali cergas.

Manchester United juga hanya dibezakan 2 mata daripada zon penyingkiran. Steve Bruce menang pertama kali ke atas Manchester United sebagai pengurus.