EPL: Man United Liverpool Terikat

Perlawanan EPL tumpuan minggu ini melibatkan Man United dan Liverpool – derbi Barat Laut England.

Perlawanan di Old Trafford berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Marcus Rashford meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-36. Ianya selepas beliau menerima hantaran Daniel James.

Pemain Liverpool membantah gol itu mendakwa Divock Origi terlebih dahulu dikasari. Namun VAR tidak memberikan faul. Gol diberikan.

Sebelum rehat Sadio Mane menyamakan kedudukan. Tetapi dibatalkan selepas pemeriksaan VAR. Bola terlebih dahulu terkena tangan Sadio Mane.

Pada separuh masa kedua Man United memilih untuk lebih defensif dan Liverpool meningkatkan penguasaan.

United bertahan dengan sangat baik. Namun kemasukan Chamberlain dan Lallana ternyata memberikan lebih dinamik kepada Liverpool.

Dan ketika perlawanan berbaki sekitar lima minit, Adam Lallana menyamakan kedudukan. Ianya selepas beliau menerima hantaran daripada Andy Robertson.

Lallana tidak dikawal dengan mudah menolak masuk bola.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Man United menjadi pasukan paling banyak keciciran mata (sama dengan Villa) musim ini selepas mendahului.

Namun begitu, Man United telah mengakhiri rekod kemenangan lapan perlawanan musim ini serta 17 perlawanan.

Keputusan ini juga meletakkan United di tangga ke tangga ke-13. Hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.

Walaupun gagal memintas rekod Man City (18 kemenangan berturut-turut dalam EPL), Liverpool berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN